Padah akibat tidak peduli salah satunya

Padah akibat tidak peduli salah satunya

Feb 01, 2019

Semua perkara di dunia ini adalah saling berkaitan. Apabila kita kurang mengambil perhatian atau tidak mempedulikan salah satunya, ia akan mendatangkan akibat. Ahli teologi terkenal, Hans Urs Von Balthasar memberikan satu contoh.

Beliau mengambil contoh kecantikan. Katanya kecantikan bukanlah "kelebihan" yang kita boleh hargai atau diburukkan mengikut cita rasa peribadi serta situasi emosi kita, ia juga bukan kemewahan yang selalu kita katakan tidak mampu untuk dimiliki.

Seperti kebenaran dan kebaikan, ia adalah salah satu harta Tuhan, maka ia perlu diperhatikan sama pentingnya dengan kebaikan dan kebenaran. Jika kita mengabaikan atau merendahkan kecantikan, tidak lama kemudian, kita akan mula mengabaikan satu bahagian dalam kehidupan kita.

Menurut beliau: Situasi hari ini menunjukkan bahawa kecantikan memerlukan keberanian dan keputusan untuk melakukan kebenaran serta kebaikan. Kecantikan tidak akan membenarkan dirinya untuk dipisahkan atau dilarang daripada kebaikan dan kebenaran.

Kebaikan dan kebenaran harus bersama dengan kecantikan dalam aksi dendam misteri. Dengan itu, kita akan pasti bahawa sesiapa sahaja yang mencemuh namanya, melayannya umpama perhiasan yang pernah digunakan pada masa lalu serta tidak berguna lagi, biarpun orang itu mengaku atau tidak, dia tidak lagi dapat berdoa dan tidak lama selepas itu, dia pasti tidak akan dapat untuk mencintai.

Di sini ada penerangan yang ringkas. Ada sebuah kisah dari Afrika yang menarik dan dapat menerangkan bahawa semua perkara adalah saling bergantung bahawa jika kita memisahkan salah satu daripada rantaian keterbergantungan itu, maka kita akan menerima padah. Kisah dongeng itu adalah seperti berikut:

Pada zaman dahulu, ketika binatang masih bercakap dalam bahasa manusia, tikus dari sebuah ladang memanggil semua binatang untuk bermesyuarat. Tikus-tikus itu berasa bimbang dan menangis kerana mereka terlihat cik puan mereka telah membeli sebuah perangkap tikus.

Kini, mereka dalam bahaya. Tetapi binatang lain bersikap acuh tak acuh malah mentertawakan kebimbangan para tikus itu. Lembu berkata perkara itu tidak merisaukan mereka.

Katanya, perangkap kecil seperti itu tidak akan mencederakannya. Dia boleh memijak perangkap itu dengan kakinya untuk memusnahkannya. Begitu juga dengan babi. Malah dia mempersoalkan mengapa harus risau untuk berhadapan dengan perangkap yang kecil? Ayam juga mengatakan bahawa dia tidak takut dengan alat itu. “Itu masalah kamu. Saya tidak risau pun!” kata si ayam kepada si tikus.

Tetapi hakikatnya, semua perkara ada kaitannya dengan yang lain, dan tidak lama kemudian, hakikat itu menjadi kenyataan.

Cik Puan itu telah memasang perangkap dan pada malam pertama, dia mendengar perangkap itu berbunyi. Cik Puan itu bangun dari tempat tidurnya untuk melihat perangkap tersebut. Ternyata perangkap itu telah memerangkap seekor ular yang tersepit di bahagian ekor. Semasa cuba melepaskan ular itu, ular itu mematuk wanita tersebut.

Tidak lama kemudian, akibat bisa ular, Cik Puan mula berasa sakit dan demam. Wanita itu pergi mendapatkan rawatan dan doktor yang merawatnya menasihati wanita itu bagaimana melawan rasa sakit bisa ular tersebut. Doktor itu menerangkan bahawa: “Jika anda mahu sembuh, anda harus makan bubur ayam.” (Anda boleh meneka kisah selanjutnya.) Maka, Cik Puan itu menyembelih ayam, tetapi demamnya masih juga tidak sembuh.

Sanak saudara dan tetangga mula datang melawat. Oleh itu, perlu lebih makanan untuk mereka. Maka mereka menyembelih babi. Akhirnya, bisa ular itu telah meragut nyawa Cik Puan itu. Wanita itu dikebumikan dengan majlis pengebumian besar-besaran. Banyak makanan yang diperlukan bagi menjamu tetamu.

Maka lembu disembelih.

Moral kepada kisah ini sangat jelas. Semua perkara adalah saling berkaitan dan kegagalan kita untuk melihat rantaian hubungan ini menyebabkan kita dalam bahaya. Kebutaan kita terhadap keperluan untuk saling bergantung, sama ada kita mahu atau tidak, adalah berbahaya. Kita tidak boleh lari dari kesaling bergantungan dengan sesama dan segala perkara di dunia. Kita boleh membantah akan realiti ini tetapi hakikatnya kita adalah saling bergantung antara sesama dan semua perkara dalam dunia ini.

Maka, kita tidak dapat menghargai sesuatu apabila kita memandang rendah pada sesuatu yang lain. Kita tidak akan dapat benar-benar mengasihi seseorang dan dalam masa yang sama membenci orang lain. Dan kita tidak boleh memilih-milih bahagian dalam membuat kebaikan dan berharap kebaikan dalam satu hal itu sahaja adalah memadai. Semua perkara datang dari cebisancebisan. Tidak ada pengecualian. Apabila kita tidak mengendahkan kebenaran, akhirnya kita akan “dipatuk ular”.

Saya menekankan ini pada hari ini, kerana di mana-mana, bahaya perkauman sedang mula menular. Tidak seperti cerita dongeng binatang di Afrika, kita melihat keluarga, komuniti, gereja dan seluruh negara semakin menumpukan keperluan untuk perkumpulan sendiri tanpa mempedulikan keluarga, komuniti, gereja dan negaranegara lain. Masalah orang lain, bagi kita, bukan masalah kita.

Kita memenuhi gereja dengan minda kita yang sempit, ahli-ahli politik sehinggalah seluruh negara menempatkan keperluan mereka terlebih dahulu, kita mendengar suarasuara lantang lembu, babi dan ayam yang mengatakan, "Bukan masalah saya! Saya tahu jaga diri sendiri!" Sikap sebegitu akan membawa padah kepada kita, umpama bisa ular yang boleh meragut nyawa.

Pada akhirnya, kita akan menerima padah di atas kebutaan dan kerana sikap tidak peduli kita. Kita akan menerima akibat politik, sosial dan ekonoi. Tetapi, padah itu akan lebih teruk mengena pada diri kita sendiri.

Padah buruk yang menanti kita itu dihuraikan dalam peringatan oleh Von Balthasar iaitu: Sesiapa yang tidak peduli atau merendahkan kecantikan tidak akan dapat berdoa atau mengasihi.

Begitu juga dalam semua situasi apabila kita mengabaikan perkara saling bergantungan dengan sesama. Dengan tidak mempedulikan keperluan orang lain, kita sebenarnya telah mencemarkan akhlak keseluruhan kita maka kita tidak akan dapat melayan diri kita dengan hormat dan empati, jadi apabila itu berlaku, kita kehilangan rasa hormat dan empati untuk kehidupan itu sendiri dan untuk Tuhan kerana apabila realiti tidak dihormati, ia akan "menggigit" kita semula dengan dendam yang misteri. — Hakcipta Terpelihara 1999-2019 @ Fr Ron Rolheiser

Total Comments:0

Name
Email
Comments