Paderi di India, sahut “salary challenge”

Sebilangan besar paderi keuskupan Faridabad di utara India telah memutuskan untuk memberikan gaji satu bulan mereka kerana tabung gereja yang semakin susut akibat lockdown di seluruh negara.

May 23, 2020

NEW DELHI: Sebilangan besar paderi keuskupan Faridabad di utara India telah memutuskan untuk memberikan gaji satu bulan mereka kerana tabung gereja yang semakin susut akibat lockdown di seluruh negara. Pada 17 Mei, ketua keuskupan Syro-Malabar, Uskup Agung Kuriakose Bharanikulangara mengumumkan pengurangan 50 peratus yuran tahunan dari paroki ke kuria keuskupan.

Keputusan terbaharu ini berlaku kerana India memperpanjang tempoh lockdown fasa keempat. Perdana Menteri India, Narendra Modi mengumumkan perintah kawalan pergerakan pada Mac 4 sehingga 31 Mei, namun disebabkan virus Covid-19 masih menular, maka lockdown diperpanjang sehingga 17 Mei.

Penutupan Gereja menyebakan ketiadaan kolekte dan sumbangan menyebabkan dana Gereja semakin menyusut.

Jurucakap Gereja, Father Ginto Tom, mengatakan bahawa beberapa paroki sekarang bergelut untuk menampung perbelanjaan, termasuk gaji bulanan imam mereka.

"Dalam konteks ini, para paderi keuskupan Faridabad dengan murah hati memberikan gaji satu  bulan mereka untuk meringankan beban paroki dan masyarakat.”

Fr Tom menyatakan bahawa para paderi telah menyahut cabaran “menyerahkan gaji” (salary challenge) dan menyokong keputusan paroki memberikan separuh sumbangan paroki kepada beberapa keuskupan lain yang lebih memerlukan sementara memohon kemurahan hati umat untuk memberi sumbangan kasih.

"Sikap solidariti para imam ini harus dihargai," tambahnya.

"Cabaran gaji atau salary challenge" pertama kali dibuat oleh kerajaan pusat pada 30 April untuk mengumpulkan dana bagi memutuskan rantaian Covid-19.

Jabatan Hasil meminta pegawainya menyumbangkan gaji satu hari setiap bulan untuk tahun fiskal penuh hingga Mac 2021 untuk membantu pemerintah dalam pertempuran menentang Covid-19.

Pada 14 Mei, Presiden India Ram Nath Kovind memutuskan untuk melepaskan 30 peratus gajinya sepanjang tahun selain mengarahkan pegawai untuk mengambil langkah berjimat cermat.

Di Keuskupan Faridabad, Uskup Agung Bharanikulangara memuji keputusan berani para paderinya sebagai langkah mulia, kerana sanggup menyahut “cabaran gaji” di peringkat gereja. --mattersindia

Total Comments:0

Name
Email
Comments