Paderi kedua terbunuh di Cameroon

Paderi kedua terbunuh di Cameroon

Nov 30, 2018

YAOUNDÉ, Cameroon: Seorang paderi yang melayani di Cameroon telah terbunuh akibat tembakan para tentera, di tengah-tengah konflik tentera dan politik yang telah menggegarkan Cameroon sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Fr. Cosmas Ombato Ondari dilaporkan terbunuh pada 21 November di Mamfe, sebuah bandar di barat daya Cameroon. Onari, seorang anggota Mill Missionaries, telah melayani di negara itu sejak Mac 2017, selepas ditahbis sebagai imam.

Ondari merupakan paderi kedua terbunuh dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Fr. Alexander Sob Nougi terbunuh pada 20 Julai di wilayah yang sama di mana Onari ditembak. Nougi ditembak dari jarak dekat, dalam serangan yang m e n y a s a r k a n pemimpin-pemimpin Gereja.

Pada bulan Oktober, seorang seminarian berusia 19 tahun terbunuh di sebuah wilayah berdekatan, pusat konflik ketenteraan negara itu.

Awal bulan ini, sekumpulan rahib wanita telah diculik oleh gerila di barat laut negara itu, dan dibebaskan pada keesokan harinya. Sejak tahun 2017, gerila di Cameroon telah berjuang untuk memisahkan kawasan berbahasa Inggeris dari wilayah berbahasa Perancis. Para pejuang mengisytiharkan pada bulan Oktober 2017 kemerdekaan sebuah negara baru yang mereka namakan 'Ambazonia.'

Konflik hampir tiga tahun menyebabkan beberapa ratus kematian di keduadua belah pihak, dan menghantar 300,000 pelarian ke Nigeria. Terdapat lebih daripada 80,000 orang yang hidup melarat akibat kehilangan tempat tinggal di Cameroon. — CNA/EWTN

Total Comments:0

Name
Email
Comments