Paderi yang diculik dikenang kerana kasihnya terhadap orang-orang Syria yang menderita

Tujuh tahun selepas penculikannya di Syria, Fr Paolo Dall'Oglio (gambar) dikenang di Roma kerana cintanya kepada rakyat Syria dan dedikasinya terhadap keamanan dan keadilan.

Jul 31, 2020

ROMA: Tujuh tahun selepas penculikannya di Syria, Fr Paolo Dall'Oglio (gambar) dikenang di Roma kerana cintanya kepada rakyat Syria dan dedikasinya terhadap keamanan dan keadilan.

Dall'Oglio diculik dari bandar Raqqa oleh militan Negara Islam pada bulan Julai 2013. Imam Jesuit Itali itu telah berkhidmat di Syria selama lebih dari 30 tahun semasa diculik. Tidak diketahui apakah dia masih hidup. Terdapat laporan yang belum disahkan bahawa beliau telah dibunuh pada tahun 2013.

"Rayuan saya adalah untuk tidak melupakan Syria," kata kakak Dall'Oglio kepada wartawan pada sidang media di Roma, 29 Julai.

"Dall'Oglio diculik kerana dia telah men yahut misinya adalah bersama rakyat Syria," kata Immacolata Dall'Oglio.

Perang Saudara Syria, yang bermula pada bulan Mac 2011, telah mengorbankan kira-kira 380,000 orang, dan telah menyebabkan lebih 7.6 juta orang telah kehilangan tempat tinggal dan lebih lima juta menjadi pelarian.

"Mengingati Paolo hari ini adalah mengingati rakyat Syria, orang-orang yang dikasihinya," kata Fr Camillo Ripamonti, presiden pusat Perkhidmatan Yesuit untuk Pelarian.

Dall'Oglio mempunyai "ikatan" dengan rakyat Syria, orang-orang yang  setelah sembilan tahun perang, masih "menunggu keadilan dan kedamaian," kata Ripamonti.

Pada tahun 1980-an, Dall'Oglio memulihkan reruntuhan Biara Syria abad ke-6 Sto Moses dari Abyssinian. Pada awal tahun 1990-an, Dall’Oglio telah menubuhkan sebuah komuniti monastik antara agama yang didedikasikan untuk dialog Muslim-Kristian. Pada tahun 2012, pemerintah Syria mengusirnya kerana beliau mengkritik Presiden Bashar al-Assad dan pemerintahannya.

Dall'Oglio pada mulanya mengabaikan perintah pengusiran itu, tetapi kemudian meninggalkan Syria atas permintaan uskupnya. Dall'Oglio kembali ke wilayah yang dikuasai pemberontak di bahagian timur Syria pada akhir Julai 2013 dalam usaha untuk mewujudkan rundingan damai antara kumpulan Kurdi dan Islam. Dia diculik pada 29 Julai 2013.

Federico Lombardi, SJ, presiden Yayasan Ratzinger Vatikan, mengatakan usaha Dall'Oglio telah memberi inspirasi kepada ramai orang, "juga di kalangan umat Islam, di mana Dall'Oglio mengajar kita untuk berdialog dan bersatu dalam mencari keadilan dan perdamaian."

Pada Januari 2019, Sri Paus Fransiskus bertemu dengan keluarga Fr Dall’ Oglio yang datang ke Rumah Santa Marta di Vatikan. ––CNA

Total Comments:0

Name
Email
Comments