Paderi Yesuit pimpin doa permohonan sempena majlis pelantikan Biden sebagai Presiden Amerika ke-46

Paderi Yesuit, Fr Leo O'Donovan, mantan presiden Universiti Georgetown, akan menyampaikan doa permohonan pada hari pelantikan rasmi Joe Biden sebagai Presiden Amerika pada 20 Januari.

Jan 09, 2021

WASHINGTON: Paderi Yesuit, Fr Leo O'Donovan, mantan presiden Universiti Georgetown, akan menyampaikan doa permohonan pada hari pelantikan rasmi Joe Biden sebagai Presiden Amerika pada 20 Januari.

Fr O'Donovan mengesahkan kepada NCR bahawa Biden secara peribadi menghubungi dan mengundangnya untuk memimpin doa sempena majlis rasmi yang juga meraikan pemilihan presiden Katolik kedua negara itu, dan bahawa dia telah menerima undangan itu.

Fr O'Donovan adalah rakan lama keluarga Biden.

Pada tahun 2015, beliau telah memimpin Misa pengebumian untuk anak lelaki sulung Biden, Beau, yang meninggal kerana barah otak pada usia 46 tahun. 

Biden sesungguhnya akrab dengan sebilangan imam Jesuit, dan ketika beliau  menjadi naib presiden, Biden sering menghadiri Misa di Gereja Katolik Holy Trinity di Georgetown. Pada tahun 1992, ketika anak lelaki Biden, Hunter adalah senior di Georgetown, Fr O'Donovan menjemput senator yang pada ketika itu dari Delaware untuk memberi ceramah di universiti Yesuit mengenai kepercayaan dan kehidupan awam. 

Biden memberitahu Fr O'Donovan pada waktu itu "tugas paling sukar yang pernah dia miliki."

Baru-baru ini, hanya beberapa hari selepas pemilihan presidennya, pada 12 November, Biden muncul dalam acara pengumpulan  dana atas talian untuk Pusat Perlindungan Pelarian Yesuit, di mana Fr O'Donovan adalah director mission. Pada kesempatan itu, Biden mengumumkan bahawa beliau akan meningkatkan sasaran kemasukan tahunan pelarian baharu ke Amerika Syarikat menjadi 125,000, menandakan peningkatan mendadak berbanding Trump sebanyak 15,000 orang.

Sebelum ini, pada tahun 2018, Biden turut menulis catatan bagi buku Fr Donovan, “ Blessed Are the Refugees: Beatitudes of Immigrant.”

Agama Katolik mempunyai sejarah panjang dalam mengambil bahagian dalam doa untuk acara-acara perasmian. Pada tahun 1937, Fr John Ryan memimpin benediktus  sempasa pelantikan Presiden Franklin D. Roosevelt. Kardinal Richard Cushing dari Boston memimpin doa permohonan semasa perasmian presiden Katolik pertama negara, John F. Kennedy, pada tahun 1961.

Baru-baru ini, pada tahun 2017, Kardinal New York Timothy Dolan menyediakan bacaan Alkitab pada pelantikan Presiden Donald Trump.

Walaupun perincian khusus lain mengenai barisan pelantikan pembicara penting  belum diumumkan, pasukan peralihan Biden-Harris mengumumkan bulan lalu bahawa pada malam pelantikan, akan ada peringatan untuk menghormati para mangsa maut COVID-19, yang akan merangkumi dentingan loceng gereja di seluruh Washington. — NCR

Total Comments:0

Name
Email
Comments