Pameran senjata yang pertama semasa musim pandemik di Abu Dhabi

Perdagangan senjata lebih kuat daripada pandemik COVID-19. Malah, walaupun di tengah-tengah krisis kesihatan sedunia, pameran senjata tahunan pertama Timur Tengah sedang berlangsung di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Feb 27, 2021

ABU DHABI: Perdagangan senjata lebih kuat daripada pandemik COVID-19. Malah, walaupun di tengah-tengah krisis kesihatan sedunia,  pameran senjata tahunan pertama Timur Tengah sedang berlangsung di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

ABU DHABI: Perdagangan senjata lebih kuat daripada pandemik COVID-19. Malah, walaupun di tengah-tengah krisis kesihatan sedunia,  pameran senjata tahunan pertama Timur Tengah sedang berlangsung di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Dibuka dengan acara meriah, IDEX 2021 adalah acara terpenting yang didedikasikan untuk teknologi ketenteraan di rantau ini, yang berjalan selari dengan Pameran Pertahanan Tentera Laut dan Keselamatan Maritim (NAVDEX) 2021.

Puluhan ribu orang telah hadir, namun harus mematuhi penjarakan sosial dengan pelitup muka serta pembersih diri. Untuk mempermudah orang menghadiri acara tersebut, pihak penganjur telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan dan secara tegas menguat kuasakan sekatan kesihatan, kecuali untuk pengunjung antarabangsa yang tidak diminta untuk melakukan kuarantin wajib.

Pameran dan Persidangan Pertahanan Antarabangsa 2021 (IDEX), yang diadakan pada 21 hingga 25 Februari di Pusat Pameran Nasional Abu Dhabi (ADNEC), merupakan pameran industri pertahanan dan keselamatan yang paling penting di rantau Timur Tengah dan Afrika.

Walaupun masih pandemik,  acara ini telah menarik sekitar 900 peserta pameran dan lebih kurang 70,000 pengunjung tempatan dan antarabangsa dari seluruh dunia.

Di sisi lain, UAE menandatangani perjanjian senjata dengan syarikat tempatan dan antarabangsa bernilai AS $ 1,36 bilion untuk senjata canggih yang diperuntukkan kepada Angkatan Tentera.

Walau bagaimanapun, penjualan senjata di Timur Tengah telah menurun kerana darurat kesihatan global dan kejatuhan harga minyak. Penurunan perbelanjaan senjata oleh negaranegara Teluk diperkirakan sekitar 10 peratus dengan penjualan yang tidak diperkirakan akan melambung ke tahap pra-pandemik sebelum 2024.

Pegawai UAE, termasuk Putera Mahkota Abu Dhabi Mohammed bin Zayed Al Nahyan, menghadiri pameran tersebut. Amerika Syarikat, pengeksport senjata terbesar di dunia, tidak hadir, kecuali beberapa syarikat AS yang mempunyai profil rendah.

China dan Arab Saudi turut hadir. Arab Saudi mempromosikan program ekonomi dan tenaganya sendiri yang disebut Visi 2030. — Asia News

Total Comments:0

Name
Email
Comments