Panama jadi tanah impian, pusat harapan

Panama jadi tanah impian, pusat harapan

Feb 01, 2019

KOTA PANAMA: Sejurus selepas tiba di Kota Panama untuk menghadiri WYD, Fransiskus telah bertemu dengan ahli-ahli politik, diplomat dan pemimpin awam masyarakat, seraya menyeru mereka untuk lebih “berperikemanusiaan dalam dunia ini.”

Katanya, “Pada hari-hari WYD di tempat ini, Panama menjadi hab/pusat harapan! Kaum muda mendesak kita untuk membina politik yang manusiawi, yang mengutamakan manusia dan keperluannya serta menghormati hak serta martabat insan.”

Pada hari pertamanya di Panama, Sri Paus Fransiskus menekankan bahawa generasi muda, yang penuh azam dan semangat, yang peka serta bersuara lantang, menuntut agar orang dewasa, khususnya mereka yang memegang tampuk pentadbiran negara dan masyarakat, dapat memperlihatkan kepimpinan yang mementingkan manusia, melindungi kesejahteraan bersama di mana keputusan konkrit dicapai melalui kesaksamaan dan keadilan manusia.”

Sri Paus juga menyebut bahawa kebijaksanaan Panama amat terserlah melalui kekayaan tradisi orang asalnya, di mana visi dan kebudayaan daripada kemajmukan penduduknya mencipta kemakmuran dan kebangunan ekonomi di negara kecil itu. — CNA/EWTN

Total Comments:0

Name
Email
Comments