Panama, kota yang hangat, mengalu-alukan kedatangan penziarah muda seluruh dunia

Hari Belia Sedunia (WYD) Panama semakin hampir, pihak penganjur sedaya upaya berusaha agar para penziarah yang datang dari seluruh dunia, akan berasa selesa seperti berada di rumah sendiri semasa men- jalani aktiviti WYD di Panama.

Jan 12, 2019

VATIKAN: Hari Belia Sedunia (WYD) Panama semakin hampir, pihak penganjur sedaya upaya berusaha agar para penziarah yang datang dari seluruh dunia, akan berasa selesa seperti berada di rumah sendiri semasa men- jalani aktiviti WYD di Panama. Cuaca panas di Panama adalah sehangat sambutan pihak penga- jur kepada kehadiran hampir setengah juta penziarah muda global. Koordinator general WYD, Father Romero Aquilar berkata persiapan akhir sedang dijalankan dan orang-orang Panama menanti penuh teruja kemasukan para belia antarabangsa pada 23-27 Januari ini.

Malah ramai keluarga Panama yang membuka pintu rumah mereka untuk memberi tempat tinggal kepada para peser- ta WYD. WYD 2019 di Panama turut dihadiri oleh Sri Paus Fransiskus di mana pada audiensinya tidak lama dahulu mengenang WYD sebagai "pengalaman berkuasa akan persahabatan dan sukacita."

Prelatus itu juga menyatakan harapannya agar WYD Panama akan memberi pengalaman besar dan transformasi di kalangan belia khususnya dalam panggilan.

“Saya mengajak semua kaum muda di seluruh dunia untuk menjalani peristiwa rahmat dan persaudaraan ini dengan semarak iman dan kesungguhan, baik den- gan pergi ke Panama atau dengan menyertai dalam komuniti mere- ka,” tegas Sri Paus ujar Sri Paus Fransiskus ketika mendaftar secara talian sebagai peserta WYD Panama 2019 pada bulan Februari, 2018.

Dengan tema, “Yang Maha kuasa telah melakukan perkara-perkara besar bagiku dan Nama-Nya adalah kudus", Misa pada 9 April itu merupakan langkah pertama persiapan sambutan WYD di Panama pada tahun 2019.

Paus Fransiskus mengingatkan orang-orang muda tentang pent- ingnya menjalani kehidupan sepenuhnya, seraya mengatakan, “Siapa yang menjamin kehidu- pan? Tidak seorang pun. Dalam usia kalian, kalian memiliki masa hadapan di hadapan kalian. Jangan sia-siakannya!”

Paus Fransiskus akan mer- ayakan liturgi penitensi pada 25 Januari bersama para tahanan remaja di Pusat Tahanan Juvana Las Farzas de Pacora serta akan melawat pusat yang membantu orang-orang pesakit HIV/AIDS di Casa Hogar el Buen Samaritano. Dilaporkan bahawa kehadiran belia ke Panama adalah sedikit kurang berbanding WYD di Krakow 2016, tetapi para pengan- jur bersikap optimistik dan men- jangka 200,000 kaum muda akan membanjiri Panama.

“Hari Orang Muda Sedunia adalah untuk para pemberani! WYD bukan untuk orang-orang muda yang hanya sedang mencari keselesaan dan yang menarik diri apabila timbulnya kesulitan. Apakah kalian menerima cabaran itu?” demikian cabar Sri Paus Fransiskus semasa memberi pesan kepada kaum muda seluruh dunia sempena Hari Minggu Palma, 2018.

Uskup Agung Jose Domingo dari Panama mengatakan, “Kami, bukan sahaja mengalu-alukan kedatangan para penziarah muda dengan hati yang hangat....kami juga teruja untuk bersama orang muda untuk menyebarkan misi Kristus, mewartakan cinta kasih- Nya dan meneguhkan iman!” -- media Vatikan

51 penziarah muda dari Malaysia ke WYD Panama!

Keuskupan/Agung di Malaysia turut menghantar perwakilan belia masing-masing ke WYD Panama 2019.

Seramai 51 penziarah muda dari Malaysia turut disertai oleh Uskup Agung Simon Poh dari Kuching, lima orang Paderi dan selebihnya, belia.

Berikut merupakan perwakilan yang mewakili setiap Keuskupan/Agung:
Kuala Lumpur: 21
Melaka Johor: 19
Kuching: 4 Sabah 2

Total Comments:0

Name
Email
Comments