Pandemik, orang-orang Samaria yang baik hati menghulurkan bantuan

Gelombang ketiga Covid-19 yang melanda di Sabah telah mencetuskan kekeliruan, kebimbangan dan kekecewaan bagi ramai umat Katolik di sini.

Nov 20, 2020

PURAK, PAPAR, Sabah: Gelombang ketiga Covid-19 yang melanda di Sabah telah mencetuskan kekeliruan, kebimbangan dan kekecewaan bagi ramai umat Katolik di sini.

Pada 4 Oktober, seharusnya umat yang berada di stasi luar, boleh datang ke chapel mereka dengan mematuhi SOP.

Terlebih dahulu, mereka telah membersihkan Gereja yang dipantau oleh Tim Kesihatan dari Paroki. Namun, sehari sebelum umat dapat menikmati Ekaristi di chapel, kerajaan negeri telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan setelah melihat peningkatan kes Covid-19 di Sabah serta kemunculan kluster-kluster besar di Lahad Datu, Tawau dan Kota Kinabalu.

Berbanding gelombang pertama dan kedua Covid-19, umat tidak begitu merasai bahangnya. Tetapi gelombang ketiga menyaksikan ratusan kes yang hampir mencecah 500 orang pesakit setiap hari serta keluhan para  barisan hadapan yang letih dan kekurangan Peralatan Perlindungan Diri (PPE).

Dalam huru-hara gelombang ketiga pandemik ini,  Gereja Katolik tidak duduk diam. Peristiwa kekurangan bekalan susu bayi di kawasan Semporna dan Lahad Datu kerana PKPP mendapat perhatian ramai dan menghulurkan bantuan. Begitu juga dengan kes petugas kesihatan yang kekurangan PPE, re ligius wanita dari FSIC dengan rela hati menjahit PPE untuk mereka.

Kemunculan orang-orang Samaria yang baik hati yang memberi makanan percuma kepada para petugas kesihatan amatlah dipuji. Gereja turut mencontohi mereka dalam menyumbang makanan untuk para petugas barisan hadapan sebagai tanda sokongan terhadap pengorbanan mereka berjuang mer awat para pesakit Covid-19.

Baru-baru ini juga, Rumah Warga Emas Holy Family di Kg Purak, Papar juga meminta ihsan daripada umat, agar dapat menyumbang barangan keperluan kepada pusat tersebut.Dalam beberapa hari  sahaja,ramai umat termasuk ahli-ahli politik serta dermawan yang datang menghulurkan bantuan dan sumbangan.

Liga Wanita Katolik St Sabina, Pn Milina Nandu dan AJK Dana, Pn Lucy Barbara, mewakili LWK St Sabina, memberikan sumbangan derma kepada Sr Clara FSIC, pengendali Rumah Warga Emas Holy Family.

Menurut Pn Milina, mereka menyampaikan sumbangan itu pada 13 November dan menyaksikan ramai wakil Komuniti Umat Katolik lain, datang memberikan sumbangan.

Semoga mereka yang berhati seperti Orang Samaria yang Baik Hati ini diberkati dan memberi inspirasi kepada umat lain dalam membantu mereka yang sangat memerlukan.

Total Comments:0

Name
Email
Comments