Para biarawati membahagi makanan kepada pegawai keselamatan pada Hari Raya Aidil Fitri

Para biarawati bergabung dengan kumpulan antara agama untuk membahagi- bahagikan makanan kepada ratusan anggota Polis dan Tentera yang menjaga keamanan di Jakarta pada hari pertama Aidil Fitri, 5 Jun.

Jun 13, 2019

JAKARTA: Para biarawati bergabung dengan kumpulan antara agama untuk membahagi- bahagikan makanan kepada ratusan anggota Polis dan Tentera yang menjaga keamanan di Jakarta pada hari pertama Aidil Fitri, 5 Jun.

Kumpulan relawan itu yang terdiri dari 35 orang yang dinamakan “Netizens Bhinneka Tunggal Ika,” membahagikan makanan khas Aidil Fitri seperti opor ayam and rendang kepada 550 pegawai Polis dan Tentera yang menjaga beberapa gedung terkemuka di Jakarta.

Para pegawai keselamatan telah menjaga gedung-gedung tersebut dan tempat penting lain sejak 21 Mei iaitu ketika pengiraan undi dan tunjuk perasaan di sekitar Jakarta pada 21-22 Mei.

Sister Lucia Anggraini OSU mengatakan enam biarawati dari Ordo Ursulin mengambil bahagian dalam program itu.

“Kami terharu dengan pengorbanan para pegawai keamanan ini di mana seharusnya hari Aidil Fitri adalah hari khusus kerana mereka untuk berkumpul bersama keluarga mereka. Pasti mereka merindui keluarga. Sebagai penghargaan dan menunjukkan kepedulian kami terhadap mereka,maka kami mengambil bahagian dalam aksi belas kasihan ini,” kata biarawati itu kepada ucanews.com.

Menurut Susi Rizki, ko-ordinator program itu, ramai anggota keselamatan yang menjaga Jakarta berasal dari pelbagai daerah di Indonesia.

“Mereka meninggalkan keluarga mereka sehingga mereka tidak dapat merayakan Hari Raya Aidil Fitri di kampung halaman mereka. Maka, melalui acara ini kami ingin membangun solidariti dengan mereka,” katanya. -- ucanews.com

Total Comments:0

Name
Email
Comments