Para Doktor Katolik merayakan Misa Kudus Putih

Para Doktor Katolik merayakan Misa Kudus Putih

Nov 09, 2018

KUALA LUMPUR: Uskup Agung Julian Leow berterima kasih kepada para Doktor, Jururawat dan kakitangan kesihatan Katolik di atas kesungguhan karyakarya kebaikan mereka bagi mereka yang miskin, sakit, uzur, kurang upaya dan yang terpinggir termasuk para pekerja asing dan pelarian.

Prelatus itu menyeru mereka untuk meneruskan pekerjaan cemerlang mereka dalam merawat kesihatan komuniti. Bapa Uskup Agung juga menyXatakan bahawa Persatuan Doktor-doktor Katolik Malaysia (CDAM) telah merayakan Misa Kudus Putih pada tahun-tahun lalu seperti para peguam Katolik yang merayakan Misa Kudus Merah. Katanya, idea untuk menghimpunkan perkumpulan kakitangan dalam bidang kesihatan termasuk para Doktor, Doktor Pergigian, Jururawat, Farmasi, Ahli Terapi Bertauliah dan semua yang terlibat dalam merawat kesihatan komuniti, adalah amat murni dan mulia.

CDAM merayakan Misa Kudus Putih pada 21 Oktober di Gereja Jesus Caritas. Santo pelindung bagi para Doktor Katolik ialah Santo Lukas yang dilahirkan di Syria dan juga merupakan santo pelindung bagi para doktor bedah dan artis. Santo Lukas sendiri merupakan seorang tabib dan selayaknya, amat sesuai para Doktor Katolik memilihnya sebagai Santo Pelindung mereka. Oleh itu, setiap tahun, CDAM merayakan Misa pada bulan Oktober, sempena perayaan Santo itu.

Uskup Agung Julian menerangkan bahawa Misa untuk para Doktor dan kakitangan bidang kesihatan dipanggil Misa Kudus Putih kerana kebanyakan mereka memakai warna putih dalam pekerjaan harian mereka. Jelas prelatus itu lagi, doktor pertama di dunia ialah para Uskup yang merawat para umat dengan memberikan mereka penghiburan rohani, diteruskan dengan para doktor yang menawarkan rawatan fizikal.

Sehari sebelum Perayaan Ekaristi, CDAM telah menganjurkan ceramah Bio Bioethics yang bertajuk, Penjagaan Orang yang Berumur di Peringkat Terminal dan Panduan Perubatan Lonjakan oleh Dr Freddie Loh.

Pelajar perubatan juga diberi penerangan tentang apa yang CDAM telah lakukan untuk komuniti setempat oleh Dr Juliet Mathew. Sesi berakhir dengan ceramah kesihatan Mental oleh Dr Joseph Jacob.

Tujuan menjemput Pelajar Perubatan untuk ceramah adalah memaklumkan kepada mereka tentang aktiviti-aktiviti CDAM dan untuk membiasakan mereka dengan Ajaran Gereja kerana mereka adalah pemimpin masa depan dan ahliahli CDAM.

Total Comments:0

Name
Email
Comments