Para Klerus KL dalami pelan strategik Tahun Misionari

Para klerus dari Keuskupan Agung Kuala Lumpur telah menghadiri Perhimpunan Tahunan Pastoral para Klerus (CAPA) pada 14-17 Januari lalu di The Haven.

Feb 15, 2019

IPOH: Para klerus dari Keuskupan Agung Kuala Lumpur telah menghadiri Perhimpunan Tahunan Pastoral para Klerus (CAPA) pada 14-17 Januari lalu di The Haven.

Pembentangan dan pemudah cara dikendalikan oleh Jude Antoine dan Alex Choong yang merupakan anggota Komiti Penginjilan Baru Keuskupan Agung - iaitu sebuah tim yang didirikan untuk merancang aktivitiaktiviti Tahun Misionari Luar Biasa dalam diosis.

Topik-topik yang dirangkumi dalam CAPA kali ini ialah mengenai Paderi dan Penginjilan Baru: ajaran tentang panggilan kepada Penginjilan Baru dengan merujuk dokumen-dokumen Gereja Katolik seperti Redemptoris Missio, Evangelii Nuntiandi dan Evangelii Gaudium serta peranan paderi dalam Penginjilan Baru.

Dalam sesi In Mission: Building God’s Kingdom, para paderi diajak untuk mengingat dan memarakkan semula panggilan kepaderian mereka.

Manakala dalams sesi Paderi dan Komuniti, contohcontoh diberikan bagaimana seorang paderi dapat mengerakkan atau memandu sesebuah komuniti untuk penginjilan.

Pada hari kedua, para klerus berbincang pelbagai cara pendekatan dalam mencapai matlamat dalam penginjilan, untuk mengubah pentadbiran paroki kepada paroki misionari.

Ini termasuklah memberi penekanan tentang Tahun Misionari Luar Biasa 2019 dengan membantu para pemimpin gereja di paroki berparadigma misionari melalui Seminar-seminar Kepimpinan Penginjilan Katolik (CLES) seperti yang dianjurkan mengikut pelan 2019 yang dianjurkan oleh Institute for New Evangelisation (INE).

Sesi diakhiri dengan perancangan konkrit bagi daerah atau kawasan untuk Keuskupan Agung.

Pada penghujung CAPA dikhususkan untuk taklimat Kempen Pra-Paskah oleh Fr Bernard Hycinth SJ, penyampaian beberapa perkara pastoral oleh Msgr Mitchel Anthony dan pengumumanpengumuman penting oleh Uskup Julian Leow.

Total Comments:0

Name
Email
Comments