Para Sister Katolik seru senat jangan ganggu Medicaid

Ribuan biarawati Katolik merayu kepada para senator agar tidak menyentuh atau menggangu dana Medicaid sejajar dengan janji-janji mereka semasa kempen untuk tidak memansuhkan Akta Penjagaan Kesihatan Mampu.

Aug 05, 2017

NEW YORK, AS: Ribuan biarawati Katolik merayu kepada para senator agar tidak menyentuh atau menggangu dana Medicaid sejajar dengan janji-janji mereka semasa kempen untuk tidak memansuhkan Akta Penjagaan Kesihatan Mampu.

Sebagai religius wanita Katolik, kami telah menyaksikan masalah utama dan krisis moral akibat kelemahan kualiti penjagaan kesihatan berpatutan, ujar para biarawati tersebut dalam sebuah kenyataan yang ditandatangani lebih 7,000 orang biarawati. Surat itu telah dihantar kepada pejabat-pejabat senat pada 24 Julai.

Para biarawati itu menekankan bahawa kesan utama pemotongan itu akan memaksa Medicaid mengakhiri perluasan Medicaid dan memulakan per kapita [pada perbelanjaan].”

Para religius wanita itu berkata pelan G.O.P. adalah “bertentangan dengan pengajaran iman Katolik kita,” seraya menggambarkannya sebagai "undang-undang yang paling berbahaya bagi keluarga Amerika dalam kehidupan masa ini.” Hampir 75 juta rakyat Amerika, kebanyakannya berpendapatan rendah dan berpendapatan sederhana, menerima insurans kesihatan mereka melalui Medicaid, sebuah program persekutuan yang diperluaskan apabila Akta Penjagaan Mampu disahkan pada tahun 2010.

Sr Simone Campbell, ketua rangkaian organisasi lobi, antara yang mengambil bahagian dalam perwakilan ke Capitol Hill bagi menyampaikan surat-surat tersebut ke pejabat-pejabat senat.

Beliau memberitahu akhbar America bahawa “manfaat para biarawati melakukan hal ini adalah kerana biarawati sering dipandang sebagai utusan yang dipercayai. Kami tidak mempunyai kepentingan partisan dalam hal ini, ia sematamata pelayanan dan keprihatinan kepada umat.”

Akta Penjagaan Mampu berada dalam dilema dalam beberapa minggu ini. Senat telah merancang untuk memansuhkan ketentuan utama Obamacare di mana kelihatan, beberapa senator Republikan dan konservatif cenderung memberi persetujuan untuk memansuhkan akta tersebut.

Majlis Uskup-uskup A.S juga telah melantunkan suara mereka melalui beberapa kenyataan bantahan mereka sejak beberapa bulan lalu. Para Uskup menggesa para senator untuk tidak memansuhkan Akta Penjagaan Termampu dengan memastikan semua rakyat Amerika mampu memiliki insurans kesihatan. Uskup Frank J. Dewane dari Venice, Fla., Pengerusi Komiti Pembangunan Manusia dan Keadilan Domsetik, menyeru Senat untuk menyelesaikan masalah dengan A.C.A. dengan cermat, bukan memansuhkannya dengan pelan kesihatan yang membebankan ramai orang.

“Kedua-dua undang-undang Akta Penjagaan Kesihatan Amerika dari Dewan Perwakilan A.S. dan Akta Penyelarasan Penjagaan dari Senat sangat cacat dan akan merugikan orang-orang yang paling memerlukan,” ujar Uskup Dewane beberapa minggu lalu.

Dalam satu analisis yang dikeluarkan pada 20 Julai, Pejabat Bajet Kongres berkata bahawa versi Senat yang “memansuhkan dan menggantikan” akan meningkatkan bilangan rakyat Amerika yang tidak diinsuranskan berjumlah lebih 22 juta pada

Total Comments:0

Name
Email
Comments