Para Uskup ceritakan karya Gereja Katolik kepada presiden baru

Beberapa pemimpin Gereja Katolik telah bertemu dengan presiden India yang baru terpilih untuk menyampaikan apa yang dilakukan oleh umat Katolik dalam bidang kesihatan, pendidikan dan pelayanan bagi orang miskin di negara itu.

Sep 09, 2017

NEW DELHI: Beberapa pemimpin Gereja Katolik telah bertemu dengan presiden India yang baru terpilih untuk menyampaikan apa yang dilakukan oleh umat Katolik dalam bidang kesihatan, pendidikan dan pelayanan bagi orang miskin di negara itu.

Ram Nath Kovind dilantik sebagai presiden ke-14 India pada 25 Julai. Beliau dicalonkan oleh Parti Bharatiya Janata yang pro-Hindu (BJP) yang mengatur pemerintahan federal dan pelbagai negeri di bahagian Selatan India.

Kardinal Baselios Cleemis, ketua konferensi para uskup Katolik India, mengetuai delegasi yang terdiri daripada dua orang kardinal dan lima orang uskup untuk bertemu Kovind di istana presiden Rashrapati Bhavan, New Delhi, 24 Ogos.

“Itu adalah kunjungan kehormatan,” kata Kardinal Cleemis kepada ucanews.com seraya menjelaskan bahawa sudah menjadi kebiasaan bagi para pemimpin gereja untuk mengunjungi presiden dan perdana menteri yang baru terpilih, atas nama komuniti Katolik di negara tersebut.

“Pertemuan ini membantu menghadirkan identiti kami,” kata kardinal itu seraya menambah bahawa sebagai ketua delegasi, beliau menyampaikan kepada presiden akan “pelayanan kasih” yang dilakukan oleh 19 juta umat Katolik di negara ini.

“Kami minoriti, tetapi layanan kami dalam bidang pendidikan dan perawatan kesihatan, terutama di desa-desa, merupakan yang terbesar di sektor swasta, selepas kerajaan,” kata Kardinal Cleemis. “Presiden sangat menghargai hal ini,” katanya.

Umat Katolik membentuk 1.5 peratus dari 1.2 juta penduduk India dan merupakan kumpulan Kristian terbesar di negara itu di mana 2.3 peratus beragama Kristian.

Meskipun pertemuan tersebut bertentangan dengan apa yang terjadi di luar sana, di mana ada aduan serta keluhan bahawa orang Kristian menjadi sasaran kelompok pelampau Hindu yang menuduh Kristian menjalankan aktiviti menukar agama namun pihak berwenang gereja menekankan bahawa pertemuan tersebut hanyalah sebuah kunjungan kehormat.

Selepas pemilihan umum 2014, ketika BJP berkuasa di New Delhi, beberapa kumpulan Hindu menganggap kemenangan ini sebagai mandat untuk mentadbir India hanya untuk umat Hindu. Oleh itu, kumpulan-kumpulan ini meningkatkan aktiviti anti-Kristian mereka.

“Kami tidak membangkitkan sebarang masalah dalam pertemuan tersebut. Kami hanya bertemu dengan presiden baru dan menyambutnya atas nama umat Katolik India,” kata Uskup Agung Anil Couto dari Delhi.

Kovind sebelum ini pernah terlibat dalam sebuah kontroversi semasa menjadi pemimpin BJP pada tahun 2010, di mana beliau mengatakan “Islam dan Kristian asing bagi India.” Malah dia menyarankan agar orang Kristian dan Islam tidak diberi imbalan sosial atau kuota untuk pekerjaan dalam sektor kerajaan dan institusi pendidikan, lebih-lebih lagi di kalangan mereka yang berasal dari latar belakang sosioekonomi yang buruk.

Secara konstitusional, India adalah negara sekular yang menerapkan rasa hormat yang sama terhadap semua agama. Namun, kumpulan Hindu garis keras, di bawah perlindungan politik BJP, telah berupaya mencipta sebuah negara hegemoni Hindu. Namun, uskup mengatakan bahawa mereka tidak membicarakan masalah ini semasa pertemuan dengan presiden baru itu.

“India adalah sebuah republik sekular yang demokratik dan kita hidup oleh kitab suci negara – Konstitusi India,” kata Kardinal Cleem kepada presiden India, menurut sebuah kenyataan akhbar.--Ucanews.com

Total Comments:0

Name
Email
Comments