Paroki Penampang beri garis panduan kepada jurugambar dan videografi rasmi

Paroki Penampang beri garis panduan kepada jurugambar dan videografi rasmi

Mar 15, 2019

PENAMPANG: Pasangan yang melangsungkan perkahwinan sentiasa memerlukan jurugambar dan juru video untuk mengabdikan kenangan penting mereka.

Seiring dengan arus kemodenan, bukan seorang dua jurugambar dan juru video terlibat dalam perayaan Sakramen Perkahwinan dan perayaan-perayaan lain dalam Gereja.

Adakalanya, kehadiran para jurugambar dan juru video ini menimbulkan perasaan kurang senang bagi umat yang sedang beribadat.

Oleh itu, Paroki Penampang telah menganjurkan Taklimat khusus tentang memahami dan mematuhi peraturan Gereja bagi para jurugambar dan juru video yang disampaikan oleh Father Wilfred Atin, Paderi Paroki St Micheal.

Taklimat itu dihadiri oleh 112 operator peniaga aktif di mana 56 orang daripadanya berdaftar dengan syarikat manakala selebihnya merupakan operator bebas.

Hadirin diberi penerangan tentang apa yang dibolehkan dan dilarang mengikut ajaran dan tradisi Gereja khususnya semasa liturgi Ekaristi yang mengutamakan penghormatan tinggi terhadap upacara suci ini. Misalnya ketika konsekrasi dan waktu hening, para jurugambar dan video diingatkan agar menghormati saatsaat sakral.

Semasa sesi soal-jawab, ramai peserta yang mengungkapkan pandangan dan masalah yang dihadapi oleh mereka semasa mengambil gambar dan video dalam perayaan Gereja. Semua masalah dan pertanyaan itu telah dijawab oleh pihak Gereja dengan teliti.

Semua jurugambar dan juruvideo juga disarankan untuk memakai tag nama rasmi yang dikeluarkan oleh Gereja di mana mereka mengambil gambar.

Total Comments:0

Name
Email
Comments