Paroki Sook anjur larian dan bazaar untuk KBK-5

Sempena mencari dana bagi persiapan fizikal Paroki Sook sebagai tuan rumah Khemah Belia Keuskupan Keningau ke-5 pada bulan Ogos nanti.

Jun 13, 2019

SOOK: Sempena mencari dana bagi persiapan fizikal Paroki Sook sebagai tuan rumah Khemah Belia Keuskupan Keningau ke-5 pada bulan Ogos nanti, buat julung-julung kali diadakan Charity Run 5 KM & Fun Easter Bazaar (CRFEB) iaitu suatu program pencarian dana bertujuan untuk membantu persiapan fizikal Paroki Sook selaku tuan rumah bagi Khemah Belia Keuskupan ke-5 (KBK5) pada bulan Ogos nanti.

Program ini telah diketuai oleh Pengerusi Belia Paroki Sook, Cik Leonie Leeyun dengan kerjasama antara LOT, KBK-5 dan Majlis Pastoral Paroki yang diketuai oleh Puan Dymnah Nirwanah Dominic.

Charity Run 5KM dimulakan dengan doa yang dipimpin oleh Father Boniface Kimsin. Larian ini turut mendapat banyak sambutan di kalangan bukan Kristian.

Total Comments:0

Name
Email
Comments