Paroki Sook bakal tuan rumah Khemah Belia Keuskupan 2019

Paroki Sook bakal tuan rumah Khemah Belia Keuskupan 2019

Oct 05, 2018

SOOK: Pada 13hb September yang lalu, pihak penganjur Khemah Belia Keuskupan ke 5 (KBK5) yang diketuai oleh Sdra. Roney Eming selaku Koordinator KBK5 bersama Pembimbing Rohani Komisi Belia, Father Ronnie Luni dan lapan orang MOT telah mengadakan kunjungan kehormat kepada Paderi Paroki Sook, Father Claudius Andrew serta pembantunya, Father Harry Dorisoh.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah ahli-ahli Majlis Pastoral Paroki dan umat Paroki Roh Kudus.

Kunjungan ini diadakan bagi memaklumkan secara rasmi kepada Paroki Roh Kudus, bahawa paroki ini akan menjadi Tuan Rumah KBK5 pada tahun 2019, seperti yang diumumkan oleh Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong sewaktu KBK4 (2015) di Kuala Penyu.

Dalam pertemuan ini, Sdra. Roney memberi penerangan tentang Konsep, Rasional, Objektif serta perkara berkaitan KBK5 yang disusuli dengan respon daripada setiap yang hadir. Pihak MOT dan tuan rumah juga mencapai kata sepakat untuk bekerjasama dengan telus dan komited demi untuk memastikan kejayaan pelaksanaan KBK5.

Pelancaran KBK5 akan diadakan pada 8-9 Disember 2018 di Paroki St. Peter Bundu, Kuala Penyu . Tema KBK5 adalah “Sesungguhnya aku ini hamba Tuhan, terjadilah padaku menurut perkataanMu itu” (Lukas 1:38).

Kini, pertandingan mencipta lagu tema dan logo KBK5 telah dibuka khas untuk disertai oleh para belia di Keuskupan Keningau.

Khemah Belia Keuskupan atau KBK adalah satu acara gereja bersama belia, untuk belia dan dari belia di Keuskupan Keningau yang diadakan sekali dalam empat tahun. — Elvies & Adolf

Total Comments:0

Name
Email
Comments