Paus Fransiskus ulangi komited lindungi martabat kanak-kanak

Mengakui gereja sering kali gagal melindungi anak-anak dari penderaan seksual, Paus Fransiskus berjanji untuk bekerja keras dan komited untuk melindungi kanak-kanak di bawah umur dan martabat mereka, termasuk secara online.

Oct 20, 2017

VATIKAN: Mengakui gereja sering kali gagal melindungi anak-anak dari penderaan seksual, Paus Fransiskus berjanji untuk bekerja keras dan komited untuk melindungi kanak-kanak di bawah umur dan martabat mereka, termasuk secara online.

“Seperti yang kita semua ketahui, dalam beberapa tahun ini, Gereja mengakui kegagalannya sendiri dalam memberi perlindungan bagi anak-anak.

Fakta-fakta yang sangat serius telah terungkap, di mana kita harus menerima tanggung jawab kita di hadapan Tuhan, di hadapan para korban dan di hadapan orang awam,” kata Paus Fransiskus kepada para peserta kongres antarabangsa untuk melindungi kanak-kanak di dunia digital, Vatikan, yang dianjurkan oleh Pusat Perlindungan Anak Universiti Pontifikal Gregoriana dalam kemitraan dengan WePROTECT Global Alliance.

Kongres berlangsung 3-6 Oktober yang melibatkan komuniti umat beriman, polis, industri software, media sosial, media massa, organisasi bukan profit dan kerajaan untuk bekerja sama melindungi kanak-kanak bawah usuanak di bawah umur dengan lebih baik lagi.

Paus Fransiskus mengatakan kepada para peserta bahawa merupakan penderaan seksual kanak-kanak sangat menyakiti hatinya lebih-lebih lagi tragedi buruk di mana kanak-kanak menjadi mangsa penderaan seksual yang dilakukan oleh para klerus.

Pada permulaan audiensi, Muireann O,Caroll, 16 tahun dari Ireland, merumuskan isi kandungan persidangan bagi pihak semua kanak-kanak.

Para peserta merayu kepada kerajaan, pemimpin-pemimpin Gereja dan syarikatsyarikat maju untuk melakukan sedaya upaya mereka bagi menghilangkan imej kanak-kanak dan kaum muda yang didera secara seksual, mengenal pasti kanakkanak tersebut dan mengakhiri siber buli dan “sextortion” iaitu imej seksual yang digunakan untuk mengugut seseorang.

Para peserta kongres juga meminta orang-orang yang terlibat dalam penjagaan kesihatan untuk mengenal dan mendekati para pesakit yang didera serta membantu mereka untuk pulih dan memberi penerangan kepada umat awam, bagaimana membantu korban jenayah seksual tersebut.--CNS

Total Comments:0

Name
Email
Comments