Pelajar bikin konsert bantu kanak-kanak kurang mampu ke sekolah

Pelajar bikin konsert bantu kanak-kanak kurang mampu ke sekolah

Feb 22, 2019

JAKARTA: Orang Muda Katolik (OMK) Paroki St. Bartolomeus di Taman Galaksi, Bekasi, menganjurkan konsert amal bertajuk Festival Sanbarto beberapa minggu lalu bagi membantu gerakan Ayo Sekolah Ayo Kuliah (ASAK) yang telah dimulai oleh paroki itu sejak 2010.

“Gerakan ASAK ini membantu 56 pelajar sekolah rendah, 32 pelajar sekolah menengah dan 30 mahasiswa atau mahasiswi. Mereka semua berasal dari keluarga kurang mampu,” jelas Ketua Bahagian Pelayanan Pengembangan Sosial-Ekonomi (PSE) Sdra Dionisius Suprihandono seraya menjelaskan bahawa setiap umat atau keluarga yang memohon bantuan akan dipilih dan disiasat terlebih dahulu.

Konsert amal bertema, “Melayani Tuhan dan Manusia” berlangsung pada 2 Feb, menampilkan empat kumpulan koir yang diiringi orkestra dan sebuah kumpulan perkusion serta lelongan lukisan.

Paderi Paroki, Romo Thomas Bani SVD, mengaku sangat bangga terhadap OMK yang memiliki kepedulian terhadap program ASAK.

“Kami sungguh merasa bangga dan berbahagia melihat kepedulian dan cinta daripada anak-anak muda terhadap teman-temannya yang kurang mampu untuk ke sekolah. Sokongan dan kasih mereka terhadap golongan memerlukan diungkapkan melalui Festival Sanbarto,” kata imam itu.

Gerakan ASAK – sebuah gerakan sosial amal kasih yang memberikan bantuan berupa dana pendidikan atau biasiswa kepada pelajar dari keluarga kurang mampu – merupakan salah satu program dari Keuskupan Agung Jakarta (KAJ). Gerakan ini digagas oleh seorang awam bernama Yanto Jayadi Wibisono. — ucanews.com

Total Comments:0

Name
Email
Comments