Pelajar Kristian anjur majlis Krismas julung kali di kampus

Pelajar Kristian anjur majlis Krismas julung kali di kampus

Jan 25, 2019

JOHOR BAHRU: Persatuan Pelajar Katolik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) iaitu GIFT bekerjasama dengan Ikatan Kristian (IKUTM) untuk menjayakan Malam Krismas 2018, salah satu perayaan terbesar Krismas di UTM. Ia diadakan di Dewan Perdana, UTM, dengan lebih 200 peserta termasuk kakitangan dan pelajar.

Perayaan ini dimeriahkan dengan kehadiran tetamutetamu kehormat iaitu Dr Fong, penasihat IKUTM, Dr Helen, pensyarah senior di UTM dan Sr Shanti, Ketua Pelayanan Kampus Keuskupan Melaka-Johor.

Majlis ni merupakan satu kejayaan bagi GIFT kerana ia merupakan perayaan Krismas kali pertama yang dianjurkan oleh pihak kampus sendiri dan selama ini, merupakan salah satu matlamat bagi persatuan itu. Ahli Jawatankuasa Kerja bagi Majlis itu terdiri daripada ahli-ahli GIFTers dan IK ExCos, iaitu para pelajar Kristian dari pelbagai denominasi. Selama beberapa tahun GIFT dan IK ExCos bekerjasama dalam skala yang lebih besar iaitu bukan sahaja melibatkan para pelajar Katolik UTM tetapi semua para pelajar Kristian di kampus.Semua ahli komiti bekerjasama dan berdedikasi dalam merealisasikan semangat Krismas di kampus.

Tema bagi Malam Krismas ialah mengenai perayaan dan penginjilan. Ia bermula dengan makan malam, permainan ringkas, acara bertukar-tukar hadiah dan persembahan termasuk karoling dan live band oleh GIFT serta sketsa muzikal oleh kumpulan dari Gereja Methodist Cina Skudai (SCMC). Kebanyakan ahli GIFT adalah pelajar dari Sabah dan Sarawak, maka pada akhir majlis, lantai tarian dibuka dengan tarian poco-poco dan Sumazau.

Acara Malam Krismas itu bukan sahaja program ekumenikal yang berjaya tetapi juga membuka pintu untuk penginjilan.

Direktur Majlis Malam Krismas 2018, Ken, mengendalikan aktiviti membuat origami yang memberi makna pada setiap proses pembikinan origami tersebut.

Beliau juga mengongsikan kisah perjumpaan peribadinya dengan Tuhan. Sesi ini sangat istimewa, kerana Ken bukan sahaja mengongsikan khabar gembira Injil kepada para peserta tetapi juga kepada yang bukan Kristian bahawa Kristus diutus ke dunia untuk menyelamatkan manusia serta sentiasa menawarkan cinta kasih- Nya kepada sesiapa sahaja yang memerlukan-Nya.

Total Comments:0

Name
Email
Comments