Pelajar, rakan tangisi pemergian Sr Alphonsus

Sister Alphonsus Low dari Kongregasi Immaculate Conseption (FSIC) telah kembali ke rumah abadi Bapa pada 26 Septermber, beberapa hari sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-79.

Oct 06, 2017

KOTA KINABALU: Sister Alphonsus Low dari Kongregasi Immaculate Conseption (FSIC) telah kembali ke rumah abadi Bapa pada 26 Septermber, beberapa hari sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-79.

Beliau dimasukkan di Hospital Swasta KPJ pada 25 Sept setelah mengalami kesukaran bernafas dan meninggal dunia dengan tenang lebih kurang jam 10.20 pagi pada keesokkan harinya. Sr Alphonsus lahir di Singapura pada 29 September 1938 sebagai Daisy Low Cheng Neo.

Beliau memasuki Postulan pada 5 Ogos 1961 di Jesselton (sekarang Kota Kinabalu) dan menerima jubah dan nama religius Sr Mary Alphonsus semasa memasuki Novisiat pada 11 Feb 1962. Selepas melafazkan kaul pertama, beliau memasuki pusat latihan menjadi guru.

Sepanjang 53 tahun dalam hayatnya, mendiang telah terlibat penuh dalam pendidikan dan menjadi penjaga ratusan pelajar luar bandar yang tinggal di konven Stella Maris, Tanjung Aru. Pada masa yang sama, bekas Pengetua SM Stella Maris itu juga aktif melayani sebagai Pelayan Komuni, Pembimbing Rohani bagi Legion of Mary dan pelbagai kumpulan rohani.

Dalam kongregasinya, Sr Alphonsus komited memainkan peranan sebagai Setiausaha Agung Kongregasi pada tahun 1981 dan sebagai Councillor selama dua sesi pada tahun 1987 dan 1993 di mana beliau diamanahkan untuk mendapat kelulusan dari kerajaan negeri bagi pelbagai projek untuk kongregasi.

Pada Oktober 2014, Sr Alphonsus masih ‘gagah’ merayakan ulang tahun emasnya sebagai religius.

Ratusan bekas pelajar dan rakan-rakan yang pernah didampingi oleh Sr Alphonsus menangisi pemergian biarawati yang tegas tetapi sangat pemurah. Semoga rohnya bersemadi dengan aman.

Total Comments:0

Name
Email
Comments