Pelihara bahasa dan budaya ibunda di mana saja

Pada Mac 23 lalu, lebih kurang 180 umat menghadiri Misa Kudus dalam Bahasa Malaysia sempena Pesta Santo Yosef di Chapel Santo Yosef Juru, yang sebuah stasi di bawah jagaan Paroki Permatang TInggi.

Apr 11, 2014

PULAU PINANG: Pada Mac 23 lalu, lebih kurang 180 umat menghadiri Misa Kudus dalam Bahasa Malaysia sempena Pesta Santo Yosef di Chapel Santo Yosef Juru, yang sebuah stasi di bawah jagaan Paroki Permatang TInggi.

Perayaan Misa Kudus pada hari itu sangat istimewa kerana dikunjungi buat kali pertama oleh Uskup Sebastian Francis. Pengubah suaian chapel tersebut telah dicadangkan sejak tahun lalu oleh umat Sabah dan Sarawak yang menetap di sekitar Juru kerana kurangnya kemudahan di chapel berkenaan.

Proses pengubahsuaian berkenaan mendapat kerjasama daripada umat Malaysia Timur dan mendapat sokongan padu daripada Paderi Paroki Permatang Tinggi, Fr Augustine Wong.

Dalam homilinya, Bapa Uskup banyak amanat dan maklumat berguna bagi memberi kesedaran akan pentingnya bersyukur atas anugerah Bapa yang Mahakuasa yang mengutus kepada umat seorang ‘bapa’ kepada Yesus sendiri iaitu Santo Yosef. Santo Yosef telah menjaga Yesus dengan sempurna dan juga merupakan pelindung bagi chapel tersebut serta umat yang beriman yang setia beribadat di situ.

Uskup Francis juga telah menyatakan tentang ‘buah’ dan hasil Tahun Iman ramai umat dari Sabah dan Sarawak yang mahu dibaptis pada malam Paskah nanti. “Ini membuktikan Gereja tidak tidur,” ujar Uskup Francis.

Prelatus itu juga menambah bahawa Chapel Santo Yosef telah mengalami pertembungan bahasa dan budaya dari Sabah, Sarawak, Cina dan India. Bapa Uskup turut menekankan agar memelihara bahasa ibunda masing-masing walaupun menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantara. Beliau juga menekankan tentang budaya yang baik dari tempat asal harus dijaga serta iman kepercayaan harus sentiasa teguh di mana juga kita berada.

Sebelum mengakhiri Misa, Uskup Francis sempat memperkenalkan Diakon Anthony Liew dan beberapa orang Seminarian yang berasal dari Sabah, Sarawak dan Thailand yang turut hadir pada ketika itu.

Pada penghujung khutbahnya, Uskup Francis menyeru umat agar umat lebih tekun berdoa serta beramal khususnya pada musim Pra- Paskah ini.

Beliau turut mengajak umat berdoa bagi pesawat dan penumpang MH370 serta keadilan dalam pemerintahan negara ini.

Total Comments:0

Name
Email
Comments