Pemberian selepas kita tiada

Ada perkara seperti kematian yang baik, yang tidak bercela, kematian yang meskipun menyedihkan tetapi meninggalkan rasa damai.

May 16, 2020

Ada perkara seperti kematian yang baik, yang tidak bercela, kematian yang meskipun menyedihkan tetapi meninggalkan rasa damai.

Saya telah menyaksikannya berkalikali. Kadang-kadang ini dapat dilihat secara jelas ketika seseorang meninggal dunia, meskipun tanpa disedari ramai. Kematian yang meninggalkan rasa damai dikenali kerana kesan-kesan perbuatannya yang baik semasa di dunia. Saya teringat saya pernah mengunjungi seorang lelaki yang mati kerana barah pada pertengahan usia 50-an, meninggalkan keluarganya yang masih muda. Ketika masih hidup, dia berkata, “Saya tidak percaya saya mempunyai musuh di dunia, sekurang-kurangnya saya tidak pasti jika ada mempunyai musuh. Saya tidak mempunyai perkara yang belum selesai.” Saya juga pernah mendengar sesuatu yang serupa daripada seorang wanita muda yang juga mati akibat barah dan juga meninggalkan keluarga muda.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, wanita itu berkata, “Saya fikir telah mencurahkan semua air mata yang saya ada, tetapi semalam ketika saya melihat anak perempuan bongsu saya, saya menyedari,  masih banyak lagi yang perlu saya tangisi.  Tetapi saya tenteram. Ini memang sukar tetapi  saya telah berikan segalagalanya.” 

Dan saya pernah menemani mereka yang berada di ranjang  kematian ketika tidak mampu bersuara tetapi dalam keheningan itu, suasana cinta mengelilingi ambang kematian tersebut. Ada kematian yang meninggalkan ketenangan.

Dalam Injil Yohanes, Yesus memberikan ucapan perpisahan yang panjang pada Perjamuan Terakhir pada malam sebelum Dia sengsara di kayu salib. Muridmurid-Nya memahami mereka akan terpisah, mereka berasa tergugat, terkejut, takut dan tidak bersedia menerima kenyataan kejam akan kematiannya yang akan berlaku. Yesus berusaha menenangkan mereka, meyakinkan mereka, memberi mereka halhal di mana mereka boleh berandal,  dan Dia mengakhiri katakata-Nya dengan, “Saya akan pergi, tetapi saya akan meninggalkan kamu pemberian terkahir, hadiah kedamaian Saya.

Saya tahu bahawa hampir semua orang yang membaca artikel ini mempunyai pengalaman duka atas kematian orang yang disayangi, ibu bapa, pasangan, anak, atau rakan, dan mendapati, walaupun dalam beberapa saat, di sebalik kesedihan itu ada rasa damai yang hangat setiap kali mengingati orang yagng dikasihi.

Saya telah kehilangan keduadua ibu bapa saya ketika berusia awal dua puluhan dan, sedih ketika mengucapkan perpisahan dengan mereka, setiap kali teringatkan mereka, ia membangkitkan rasa hangat. Hadiah perpisahan yang  mereka tinggalkan untuk kami adalah kedamaian.

Dalam memahami hal ini, penting untuk membezakan antara yang dikehendaki dan yang diperlukan. Ketika saya kehilangan ibu bapa saya pada usia muda, saya masih sangat menginginkan mereka (dan sehingga sekarang saya percaya bahawa saya masih memerlukan mereka), tetapi saya menyedari dalam kedamaian  bahawa apa yang menimpa kepada keluarga kami dan rasa sedih kerana merindui dan masih berasa memerlukan mereka, akan berlalu juga.

Dalam kehidupan dan kematian mereka, mereka telah memberikan apa yang kita perlukan. Tidak ada yang lain yang kita perlukan daripada mereka. Sekarang kita merindui mereka, walau betapa dalamnya kesedihan kita kerana pemergian mereka yang selama lamanya, hubungan kita sudah lengkap. Kita berada dalam keadaan damai.

Cabaran bagi kita semua sekarang, tentu sahaja, unruk menjadi seperti kehidupan mereka yang menghasilkan banyak buah-buah kebaiikan, iaitu bagaimana menghadapi kehidupan ini dengan damai sehinggalah pada hari kita memberikan pemberian terakhir kita kepada keluarga, orang yang kita sayangi, komuniti seiman kita, dan dunia kita. Bagaimana kita melakukannya? Bagaimana kita dapat memberikan pemberian damai ini buat mereka yang kita tinggalkan?

Damai, seperti yang kita ketahui, bukan sahaja tentang menolak peperangan dan pertelingkahan. Damai dibentuk oleh dua perkara: keharmonian dan kelengkapan.

Untuk berada dalam keadaan damai sesuatu harus mempunyai konsistensi dalaman agar semua pergerakannya selaras antara satu sama lain dan ia juga mesti mempunyai kelengkapan agar tidak terasa sakit jika ada sesuatu yang hilang atau dikorbankan. 

Kedamaian adalah kebalikan dari perselisihan dalaman atau kerinduan terhadap sesuatu yang tidak miliki atau kekurangan kita. Ketika kita tidak tenteram, itu kerana kita mengalami kekacauan atau merasakan urusan yang belum selesai di dalam diri kita.

Secara positifnya, apa yang bermaksud kedamaian? Ketika Yesus menjanjikan kedamaian sebagai  hadiah perpisahannya, Dia menyatakan-Nya sebagai Roh Kudus; dan, seperti yang kita ketahui, itulah semangat amal, kegembiraan, kedamaian, kesabaran, kebaikan, kerinduan, kesetiaan, kelembutan, dan kesucian.

Bagaimana kita meninggalkan perkara ini semasa kita pergi? Nah, kematian tidak berbeza dengan kehidupan. Apabila beberapa orang meninggalkan apa-apa, pekerjaan, perkahwinan, keluarga, atau masyarakat, mereka meninggalkan kekacauan, semangat ketidakharmonian, urusan yang belum selesai, kemarahan, kepahitan, iri hati dan perpecahan. Ingatan terhadap mereka yang sudah pergi memang memilukan. Memori bersama mereka sentiasa  menghantui kita.  Sebilangan orang sebaliknya meninggalkan warisan keharmonian dan kelengkapan, semangat pemahaman, kasih sayang, kehangatan dan kesatuan. Orang-orang ini dirindui tetapi kenangan terhadap mereka sangat manis, matang dan merupakan kenangan yang gembira.

Pergi kerana kematian mempunyai dinamik yang sama Dengan cara kita hidup dan mati kita akan meninggalkan semangat yang terus-menerus menghantui ketenangan orang yang kita sayangi, atau kita akan meninggalkan semangat yang membawa kehangatan setiap kali kita teringat terhadap mereka yang sudah tiada. --Hakcipta Terpelihara 1999-2020@ Fr Ron Rolheiser

Total Comments:0

Name
Email
Comments