Pemberkatan Gereja St Micheal di KUK Pantai Baru

Pemberkatan Gereja St Micheal di KUK Pantai Baru

Feb 01, 2019

KENINGAU : Pada 11 Disember 2018, sebuah gereja di KUK Pantai Baru telah diberkati dan dirasmikan oleh Ketua Keuskupan Keningau.

Gereja St. Micheal Malaikat Kudus. mencatat sejarah sendiri kerana telah mula ditubuhkan sebagai KUK yang sebelum ini hanyalah KKD dan berpusat di KUK Sodomon.

Perayaan Misa dipimpin oleh Uskup Cornelius Piong. Lebih 200 orang umat sekitar Zon Magatang telah datang memeriahkan perayaan sukacita itu.

“Bangunan Gereja tiada gunanya tanpa kualiti iman yang membawa sukacita kepada kita.” ujar Bapa Uskup semasa menyampaikan homilinya.

Prelatus itu juga berpesan agar umat sentiasa menjaga kesatuan dengan Tuhan dengan membaca dan merenung firman-Nya.

Perasmian dan pemberkatan Gereja baharu itu jatuh pada musim Adven Minggu Ketiga yang juga dikenali sebagai minggu sukacita.

Sesuai dengan tempoh persiapan menyambut perayaan Krismas, Bapa Uskup menyeru umat agar semakin mendekatkan diri dengan Tuhan, memperteguh iman melalui amal kasih, dalam doa dan puasa serta menyembah Tuhan dalam Ekaristi.

Uskup Cornelius mengingatkan umat bahawa dalam perayaan Ekaristi inilah, Yesus sungguh-sungguh hadir dan menyapa umat-Nya melalui sabda-Nya dan menguatkan hidup rohani kita dengan memakan Tubuh-Nya

Selepas Misa, Pn Helena merangkap Pengerusi KUK Pantai Baru menyatakan kesyukuran di atas terdirinya Gereja St Michael dan beliau juga merakamkan penghargaan kepada umat KUK Pantai Baru yang memilih beliau sebagai Pengerusi KUK pertama di situ.

Total Comments:0

Name
Email
Comments