Pembukaan Gereja dari untuk zon hijau bermula 10 Jun

Kepada semua Paderi Paroki, Religius dan Paroki di Keuskupan Melaka Johor

May 30, 2020

KEUSKUPAN MELAKA-JOHOR

Panduan Pastoral dari Uskup Bernard Paul, DD (No.21)

Kepada semua Paderi Paroki, Religius dan Paroki di Keuskupan Melaka Johor

1.Setelah mempertimbangkan SOP Kementerian Kesihatan (KKM) dan pendirian Majlis Gereja-gereja Malaysia (CCM) dan Uskup Katolik Semenanjung, saya memilih untuk TIDAK membuka gereja sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimansuhkan.

2.Kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ada sekarang ini diiringi dengan banyak SOP. Ancaman COVID belum berakhir. Pemeriksaan ketat oleh KKM akan disusuli. Risiko masih ada. Pasukan Tindakan COVID Paroki adalah wajib ditubuhkan. Laporan mesti dihantar untuk audit.

3.Semasa keadaan masih belum jelas dan tidak pasti, gerejagereja di MJD tidak akan dibuka sehingga PKP dimansuhkan dan sehingga ancaman virus benarbenar hilang. Ini akan menjadi tindakan pastoral semasa buat masa sekarang ini. Kita akan menunggu kenyataan  rasmi KKM mengenai pemansuhan PKP, bukan PKPB.

4. Sebarkan kepada sesama anda. Maklumkan kepada mereka. Bimbinglah mereka  cara-cara untuk mengekalkan iman.

Bersama dengan anda,
+ Rt. Rev. Bernard Paul, D.D.
Uskup Melaka Johor 23 Mei, 2020

Total Comments:0

Name
Email
Comments