Pembukaan kembali Gereja dengan patuh kepada peraturan kesihatan

Dalam surat bertarikh 22 Mei 2020 dari Kementerian Perpaduan Nasional, Gereja Katolik telah dimaklumkan akan persetujuan telah diberikan kepada tiga (3) gereja / pusat Misa.

May 30, 2020

Dalam surat bertarikh 22 Mei 2020 dari Kementerian Perpaduan Nasional, Gereja Katolik telah dimaklumkan  akan persetujuan telah diberikan kepada tiga (3) gereja / pusat Misa, iaitu:

1. Gereja St John Vianney, Tampin;
2. Gereja Our Lady of Mount Carmel, Cameron Highlands, dan
3. Pusat Katolik, Kuala Terengganu Kelulusan ini adalah tertakluk kepada SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Perpaduan Nasional dan mengikut syarat-syarat lain yang dinyatakan dalam surat di atas. Ini akan berkuat kuasa mulai 10 Jun 2020. Kami difahamkan bahawa senarai gereja-gereja lain yang telah diserahkan kepada Kementerian untuk dipersetujui telah ditolak kerana terletak pada zon tidak selamat dan data yang tidak lengkap.

Kami berharap dapat menghantar kembali senarai baru dengan data tambahan yang diperlukan, jika diizinkan oleh Kementerian.

Keuskupan Agung akan mengkaji syarat-syarat yang ditetapkan oleh SOP di atas dan berbincang dengan para paderi dari komuniti yang diluluskan di atas, untuk memastikan kemampuan mereka mematuhi SOP dan garis panduan selanjutnya yang dikeluarkan oleh Keuskupan Agung Kuala Lumpur. Pada pembukaan ini, Keuskupan Agung atau komuniti yang bercadang untuk membuka kembali Gereja, kami akan melaksanakannya dengan langkah berjaga-jaga dan berhati-hati berdasarkan fasa  ke fasa ke fasa pelaksanaan Misa dan pelayanan sakramen lain.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Perpaduan Nasional, YB Datuk Halimah Binti Mohamed Sadique dan pasukannya kerana mempercepat kelulusan ini dan telah menyelaras pelbagai perbincangan dengan ketua-ketua agama untuk mendengar pandangan kami. Mereka telah bekerja tanpa lelah selama seminggu untuk meneliti persiapan ini.

Terima kasih khas kepada Ketua Setiausaha Kementerian, Yg Bhg Datuk Wan Suraya binti Wan Md Radzi, kerana mudah dihubungi dan menjawab pertanyaan kami apabila diperlukan.

Kami berharap apabila keadaan di negara kita bertambah baik dalam beberapa minggu dan bulan yang akan datang, Kementerian Perpaduan Nasional dan Majlis Keselamatan Nasional akan mempertimbangkan untuk meringankan beberapa sekatan dalam SOP sambil mengekalkan langkah-langkah penting penjagaan kesihatan awam iaitu penjarakan sosial, membolehkan lebih ramai penganut agama  kita kembali ke gereja masingmasing untuk ibadat umum.

Oleh kerana persetujuan di atas hanya akan membolehkan sebahagian kecil komuniti Katolik kita kembali ke gereja untuk Misa, Uskup Agung Kuala Lumpur akan memanjangkan masa bagi dispensasi untuk menghadiri Misa pada hari Minggu kepada semua umat beriman. Umat beriman digalakkan untuk terus mengikuti Misamisa secara langsung dalam talian yang disiarkan oleh Keuskupan Agung dan keuskupan lain.

Uskup Agung Yang Mulia Julian Leow Beng Kim ingin mengingatkan kita, “Sebagai rakyat Malaysia, kita harus bersama-sama mengekang pandemik ini. Jika sesiapa mahu selamat maka semua orang harus menjaga keselamatan masing-masing.”

(Cik) Patricia Pereira
Pegawai Perhubungan Komunikasi dan Media
Keuskupan Agung 
Kuala Lumpur Tel: 016-6368983 23 Mei, 2020

Total Comments:0

Name
Email
Comments