Pemimpin belia pertingkat kemahiran komunikasi

Pada 28 November 2017 yang lalu, seramai 25 orang tim penganjur Youth Leader's Camp (YLC) 6 telah menghadiri sesi komunikasi dan fasilitasi yang disampaikan oleh Sr. Maria Dipal, rgs.

Jan 05, 2018

TAWAU: Pada 28 November 2017 yang lalu, seramai 25 orang tim penganjur Youth Leader's Camp (YLC) 6 telah menghadiri sesi komunikasi dan fasilitasi yang disampaikan oleh Sr. Maria Dipal, rgs. Sesi ini dimulakan dengan sebuah games, diikuti doa dan ‘Jelly Bean Party’.

Tim telah dibahagikan kepada empat kumpulan dan masing - masing diberikan tempat untuk acara "Jelly Bean Party" ini. Dalam aktiviti ini, setiap seorang ahli diberikan peranan yang perlu dilaksanakan di sepanjang ‘party’ tersebut.

Antara peranan yang diberikan adalah seorang yang pendiam dan tidak suka bergaul, seorang yang suka mengumpul warna gula-gula yang digemari, seorang yang cuba untuk mengumpulkan ahli-ahli untuk berdoa dan mencuci tangan sebelum makan dan seterusnya.

Sr. Maria kemudianya mengongsikan kepentingannya untuk mempunyai komunikasi yang baik, dan untuk mencapainya, setiap individu terlebih dahulu perlu melihat tahap kesedaran diri di dalam diri mereka masing - masing. Dengan adanya kesedaran diri ini, seseorang individu itu boleh menilai sesuatu perkara dengan baik, dan melahirkan corak komunikasi dengan baik.

Sesi diteruskan dengan ‘My Relationship Map’. Sesi ini sangat membantu ahli tim penganjur untuk melihat lebih dalam komunikasi antara sesama, sama ada baik, tegang, kurang berkomunikasi dan langsung tidak berkomunikasi.

Setiap ahli tim diajak untuk membuat peta hubungan antara sesama dan melabelkan setiap hubungan itu dengan empat perkara di atas, baik, tegang, kurang berkomunikasi dan langsung tidak berkomunikasi. Selesai sahaja peta komunikasi mereka ini, Sr. Maria menjemput mereka untuk bertemu dengan ahli-ahli lain dan menerangkan corak komunikasi antara mereka. Ini merupakan aktiviti atau langkah yang baik agar jurang di antara ahli tim penganjur dapat dikenal pasti, diakui dan mencuba untuk memperbaikinya.

Tidak dinafikan berjalan sebagai satu tim itu rumit dan penuh cabaran kerana keperibadian yang unik dan kepelbagaian latar belakang. Selain itu ego dan cemburu juga boleh menjadi racun kepada pelayanan tim dan boleh menimbulkan ahli-ahli yang berpuak - puak.

Ini disebabkan, masing-masing belum mengenal antara satu dengan lain dan bertemu hanya untuk melaksanakan tugasan dan tidak melanjutkan pertemuan sebagai satu pertemuan persahabatan.

Pengerusi Tim Kerasulan Belia Paroki Tawau, Roland Matthew, menyampaikan token penghargaan kepada Sr. Maria.

Program ini dengan sesi rekonsiliasi — mencuci kaki atau tangan teman - teman seperjuangan dalam pelayanan terutama pelayanan dalam penganjuran YLC yang ke 6.--KBK Sandakan

Total Comments:0

Name
Email
Comments