Pemimpin Gereja desak kerajaan henti pengIslaman melalui buku teks

Gereja Katolik di Bangladesh telah menyertai aktivis dan pemimpin dari organisasi sosial dan politik, membuat demonstrasi tunjuk perasaan di jalan-jalan di Dhaka, bagi membantah pengIslaman melalui buku-buku teks di sekolah pada Jan 31.

Feb 17, 2017

DHAKA: Gereja Katolik di Bangladesh telah menyertai aktivis dan pemimpin dari organisasi sosial dan politik, membuat demonstrasi tunjuk perasaan di jalan-jalan di Dhaka, bagi membantah pengIslaman melalui buku-buku teks di sekolah pada Jan 31.

Parti kerajaan, Liga Awami menerima bantahan keras dari parti lawan dan politik liberal serta kumpulankumpulan minoriti ke atas perubahan kurikulum sekolah rendah di negara itu yang lebih berpandangan Islam. Perubahan itu juga tidak meminta nasihat dan pandangan pihak lain terlebih dahulu

Apabila buku-buku teks sekolah rendah diagih-agihkan di sekolah pada 1 Jan, didapati artikel-artikel yang ditulis oleh orang bukan Islam dan penulis-penulis sekular telah ditiadakan tanpa apa-apa penjelasan dari jabatan kerajaan.

Menurut sumber, ketika Kementerian Pendidikan Bangladesh sedang menyiapkan buku teks Bengali bagi sekolah rendah pada tahun 2016, sekumpulan sarjana Islam dari Hefazat-e-Islam mendakwa 17 buah puisi dan cerita dalam buku teks itu perlu ditiadakan kerana ia berunsur ateis dan bukan Islam.

Uskup Gervas Rozario dari Rajshahi, Pengerusi Komisi Keamanan dan Keadilan Uskupuskup Katolik menyuarakan kebimbangan terhadap apa yang berlaku.

“Bagi saya, kebanyakan orang di jabatan kerajaan lebih memihak kepada pengIslaman melalui kurikulum sekolah yang pasti membawa kesan tidak baik terhadap kanakkanak sekolah,” ujar Uskup Gervas.

“Buku teks yang baru lebih memupuk ideologi radikal dan ini akan memujuk kanak-kanak sekolah menolak nilai-nilai sekular dan demokratik,” katanya.

“Kerajaan perlu mengambil langkah segera untuk menyelamatkan semangat liberalnya dengan menyemak dan mencetak semula buku teks lama yang lebih sesuai untuk semua pelajar dari pelbagai agama,” katanya.

Selain daripada 17 artikel yang ditiadakan, terdapat perubahan ketara lain yang dibuat dalam buku teks baru iaitu lebih memihak kepada sentimen Islam.

Pius Nanuar, seorang pegawai kanan pendidikan Caritas, berkata kerajaan telah mengambil dasar secara beransur-ansur meninggalkan prinsip bukan perkauman.

“Buku-buku teks kini bercanggah dengan dasar pendidikan yang sangat dipuji 2010, yang merupakan satu aras tanda untuk pendidikan sekular, kualitatif dan inklusif,” kata Nanuar.

“Sangat mengecewakan, perubahan kontroversi telah dibuat tanpa pengetahuan editor dan tiada siapa yang mahu bertanggungjawab," katanya.

“Jika kerajaan secara diam-diam menyokong tuntutan Hefazat , maka pada masa hadapan, mereka mungkin mengenakan hijab bagi pelajar perempuan, dan ini akan membawa kesan buruk dalam jangka masa lama bagi negara.”

Tegasnya, “Masyarakat sivil dan pendidik perlu tampil ke hadapan untuk menyelamatkan sistem pendidikan kita dan memastikan ia selaras dengan perlembagaan kita.”

Walaupun minoriti kecil, Kristian, Gereja Katolik, memainkan peranan penting dalam sektor pendidikan di negara ini.

Semasa tunjuk perasaan di Dhaka pada 26 Jan, aktivis dan pemimpin dari forum minoriti termasuk Majlis Kesatuan Hindu Buddha Kristian Bangladesh, Persatuan Kristian Bangladesh, Liga Hindu Bangladesh dan Majlis Bersatu untuk Wanita Bangladesh, menggesa kerajaan untuk menghentikan menanam “benih beracun militan dan unsurunsur perkauman” di kalangan pelajar sekolah.--Catholic Resources

Total Comments:0

Name
Email
Comments