Pemimpin Islam akui Fratelli Tutti, sumber inspirasi hebat persaudaraan

Selepas Sri Paus Fransiskus menandatangani ensiklik terbaharunya, “Fratelli tutti” dan mempersembahkannya kepada para wartawan dan tetamu lain, Komiti Persaudaraan Manusia dari Abu Dhabi, ibu kota Emiriah Arab Bersatu turut mempromosikan ensiklik tersebut.

Oct 10, 2020

VATIKAN: Selepas Sri Paus Fransiskus menandatangani ensiklik terbaharunya, “Fratelli tutti” dan mempersembahkannya kepada para wartawan dan tetamu lain, Komiti Persaudaraan Manusia dari Abu Dhabi, ibu kota Emiriah Arab Bersatu turut mempromosikan ensiklik tersebut.

Komiti Persaudaraan merupakan komiti yang ditubuhkan selepas  Sri Paus Fransiskus menandatangani bersama tentang persaudaraan manusia dengan Imam Besar Al-Azhar Sheikh l-Tayeb, Februari 2019.

Komiti Persaudaraan ini turut membentangkan dan membincangkan isi kandungan Fratelli tutti dalam sebuah forum. Para panel forum tersebut ialah Setiausaha Negara Vatikan  Kardinal Pietro Parolin dan Presiden Dewan Kepausan untuk Dialog Antara Agama, Kardinal Miguel Ángel Ayuso Guixot.

Pembicara lain adalah pendiri Komunii Sant’Egidio, Andrea Riccardi, guru pada Catholic Social Thought at Pratice di Universiti Durham,  Anna Rowlands, dan setiausaha agung Komiti Tinggi Persaudaraan Manusia Mohamed Mahmoud Abdel Salam.

“Fratelli tutti,” adalah sumber inspirasi yang hebat, kata Salam, dan menekankan bahawa beliau dan rakan-rakannya di Komiti Tinggi “berjanji bahawa kami akan terus dengan setia berusaha mempromosi [‘Fratelli tutti ’] menjadikannya kenyataan bagi semua. Kami akan melakukannya melalui inisiatif konkrit dan semangat daripada komiti”

Salam mengumumkan bahawa di anta ra program yang dianjurkan ialah forum yang terdiri dari 100 orang muda dari seluruh dunia, yang akan mengambil bahagian  dalam hari-hari studi di Vatikan, di Abu Dhabi, dan di Mesir, di universiti yang ada kaitannya dengan el-Tayeb.

Salam, seorang Muslim, dan mantan penasihat imam agung ei-Tayeb mengatakan dia “dengan banyak cinta dan se mangat – setuju dengan Sri Paus , dan saya sendiri turut mengongsikan setiap kata-kata yang Sri Paus tulis dalam ensiklik itu.”

Salam mengatakan, Komiti Tinggi juga sedang bekerja bersama Persatuan  Bangsa-Bangsa dan Sant’Egidio, dan pada 21 Oktober akan mengumumkan “sebuah projek besar bersama Sri Paus  … yang  bertujuan untuk mempromosikan prinsipprinsip kami.”

Panel lain lain dalam forum itu turut menekankan kualiti sejagat “Fratelli tutti”. Ayuso menyebut ensiklik itu “hadiah berharga yang diberikan Bapa Suci bukan hanya kepada kita umat Katolik, tetapi juga untuk seluruh umat manusia.”

“’Fratelli tutti’ membuat kita semua terlibat,” kata Kardinal Michael Czerny, ketua bidang Migran dan Pengungsi Vatikan, kepada CNA selepas forum.

Ditanya tentang visi ensiklik itu untuk dunia global, dan bagaimana orang dapat pertahankan identiti dan keyakinan individu mereka, Kardinal Czerny mengatakan “itulah pertanyaan-pertanyaan yang ensiklik itu ingin setiap orang renungkan, setiap paroki, setiap keluarga, setiap komuniti, setiap sekolah, setiap perusahaan perlu menanyakan persoalan-persoalan yang ada dalam ensiklik itu.”

Kardinal Ayuso berbicara tentang perlunya “identiti fleksibel” yang dapat menghadapi “beberapa perubahan dalam masyarakat, politik, dan di peringkat  dunia untuk melampaui bias dan intoleransi.”

Rowlands mencatat, ensiklik itu bukan hanya dokumen yang ditulis di sebuah ruangan di Vatikan untuk “cuba diterapkan di dunia” sebaliknya harus mulai dengan “refleksi” serta peringatan terhadap bentuk-bentuk tertutup populisme.

“Cinta ini tidak dapat dihapus atau dibuang, dan itulah dasar panggilan Sri Paus  Fransiskus kepada kita,” kata Rowlands.— CNS/Media Vatikan

Total Comments:0

Name
Email
Comments