Pemimpin Karismatik hayati makna dibaptis dan diutus

Pemimpin Karismatik hayati makna dibaptis dan diutus

Feb 01, 2019

JOHOR BAHRU: Tim Pelayanan Pembaharuan Karismatik Katolik (CCR) Keuskupan Melaka Johor telah menganjurkan Misa bagi para pemimpin Karismatik dari pelbagai kumpulan bahasa untuk diberkati dan diutus.

Misa yang dipimpin oleh Father Cyril Mannayagam, ketua Pembaharuan Karismatik Keuskupan diadakan di Dewan St Mary, Gereja Immaculate of Conception pada 21 Januari lalu.

Sebelum Misa, Pelayanan Muzik Pujian dan Penyembahan dalam pelbagai bahasa memimpin hadirin dengan lalu-lagu pujian kepada Tuhan.

Semasa menyampaikan homili, Fr Mannayagam menyentuh tentang tema yang dipilih pada tahun ini iaitu “Dibaptis dan Diutus” di mana paderi itu menerangkan bagaimana umat dapat membuka hati mereka terhadap karya Roh Kudus.

Paderi itu menjelaskan bahawa umat perlu mendengar apa yang ingin disampaikan oleh Roh Kudus pada tahun ini serta menyeru para pemimpin karismatik yang hadir bahawa mereka dipanggil untuk memperbaharui peribadi masing-masing.

Katanya, “Jika kita meneruskan apa yang kita lakukan pada tahun lalu maka tidak ada pertumbuhan di dalam diri kita.”

Fr Mannayagam mengajak para pemimpin karismatik agar mengubah kaedah pelayanan yang lebih menyerlahkan peranan sebagai orang yang telah dibaptis dan diutus oleh Tuhan.

Oleh itu, ketua-ketua karismatik juga harus merenung dan mengenal makna “Dibaptis dan Diutus” tersebut. “Kita semua menghadapi pelbagai cabaran pada masa kini. Dalam menghadapi cabaran itu, adakah kita mencari penyelesaian melalui Kristus?”

“Dalam merayakan Ekaristi ini,” ujar Fr Mannayagam, “Kita dipanggil untuk mengingati dan menghayati peranan kita sebagai orang yang telah dibaptis yang membawa tugas perutusan Tuhan untuk menyebarkan Khabar Gembira.”

Para ketua karismatik dari pelbagai bahasa itu juga diseru untuk peka dan mengambil tahu keperluan para anggota mereka di paroki masing-masing.

Tetapi sebelum itu, pertama- tama, kita harus mempunyai perjumpaan peribadi dengan Kristus yang telah bangkit dan dikuatkan oleh sabda- Nya!

“Dari situ, pembaptisan kita disegarkan dan kita diteguhkan untuk keluar memberitakan penyelamatan Kristus kepada semua orang!”

Total Comments:0

Name
Email
Comments