Penantian 17 tahun berakhir juga

Penantian selama 17 tahun akhirnya tertunai juga dengan terbinanya sebuah lagi bangunan gereja baru, Gereja Kerahiman Ilahi di Kg.

May 18, 2018

KENINGAU: Penantian selama 17 tahun akhirnya tertunai juga dengan terbinanya sebuah lagi bangunan gereja baru, Gereja Kerahiman Ilahi di Kg. Patikang Laut di bawah naungan Paroki Katedral St Francis Xavier (KSFX).

Perayaan Misa perasmian ini disempurnakan oleh Bapa Uskup Cornelius Piong yang turut dihadiri oleh Datuk Daniel Kinsik, Pengerusi Majlis Pastoral Paroki KSFX Sdri Stella Kinsik, Tim Kerahiman Ilahi KSFX dan umat dari sekitar sekitar Paroki KSFX.

Bapa Uskup dalam homilinya berpesan kepada umat agar sentiasa mengasah iman dalam perjalanan hidup ini seraya mengingatkan mereka perlunya sikap bertanggungjawab terhadap gereja. Beliau juga menggalakkan umat agar meningkatkan Devosi Kerahiman Ilahi kerana Tuhan itu Maha Pengasih dan Berbelas kasihan.

Pengerusi MPP, Stella Kinsik berharap agar umat di KUK Patikang Laut dapat mengembangkan iman terhadap Yesus.

Stella juga berharap agar Gereja itu bukan wujud sekadar bangunan tetapi dalam jiwa serta peribadi umat di Patikang Laut. Seterusnya, Bapa Uskup dan Datuk Daniel menandatangani plak perasmian sebagai simbolik perasmian bangunan Gereja Kerahiman Ilahi diikuti jamuan kesyukuran. KOMSOS Keningau

Total Comments:0

Name
Email
Comments