Pencerahan tentang patung Bonda Maria menangis

Dewasa ini memang terdengar berita-berita yang mengisahkan banyak patung Bonda Maria yang mengalirkan air mata biasa mahupun air mata darah.

Jun 20, 2020

Dewasa ini memang terdengar berita-berita yang mengisahkan banyak patung Bonda Maria yang mengalirkan air mata biasa mahupun air mata darah. Namun kebanyakan dakwaan itu ternyata penipuan atau rekaan semata-mata.

Pihak berkuasa Gereja Katolik sangat berhatihati dan teliti dalam pendekatan dan menyiasat dakwaan patung menangis. Secara amnya, mereka menetapkan pelbagai peringkat sukar dan tinggi sebelum menerimanya sebagai satu fenomena atau dalam memberikan kesahihan.

Sebagai contoh, patung popular Saint Padre Pio di Messina, Sicily dikatakan mempunyai air mata darah pada tahun 2002.

Maka pemimpin-pemimpin Gereja menjalankan ujian dan daripada ujian tersebut, terbukti darah itu adalah milik seorang wanita lalu menutup kes tersebut sebagai satu penipuan. Patung menangis juga sentiasa menimbulkan curiga. Apatah lagi dengan pelbagai peralatan moden seperti ‘membuat patung menangis sendiri’ yang mudah didapati di pasaran. Patung menangis juga sering ditolak oleh pemikir rasionalis sebagai psikologi semata-mata dan /atau fenomena penipuan.

Satu lagi penjelasan yang mungkin menyebabkan patung menangis ialah proses pemeluwapan. Air mata patung tersebut kelihatan air mata menitik namun sebenarnya manik-manik pemeluwapan daripada retakan mikroskopik pada permukaan patung tersebut.

Beberapa fenomena patung menangis telah diisytiharkan palsu oleh Gereja Katolik. Misalnya, pada tahun 1995, sebuah patung Bonda Maria dikatakan menangis air mata darah di  bandar Civitavecchia, Itali. Kira-kira 60 saksi memberi keterangan sebagai saksi kepada fenomena tersebut. Namun, setelah siasatan, terbukti darah pada patung itu adalah milik daripada seorang lelaki. Pemilik patung, Fabio Gregori, enggan mengambil ujian DNA. Selepas kes Civitavecchia, puluhan patung ajaib dibuktikan adalah palsu.

Sesungguhnya, fenomena patung Bonda Maria diiringi dengan penampakan Bonda Maria dan hanya satu fenomena patung Bonda Maria menangis yang dinyatakan sebagai ‘worthy of belief‘ (dapat dipercaya) oleh Vatikan iaitu dalam penampakan Bonda Maria kepada Sr. Agnes Sasagawa di Akita, Jepun (1973), melalui pernyataan Kardinal Joseph Ratzinger (Jun 1988), selaku Prefek, Congregation for the Doctrine of the Faith pada ketika itu.

Tahun 1973, Sr. Agnes menerima penampakan Bonda Maria, stigmata, dan patung Maria menangis, dalam 101 kali kesempatan selama beberapa tahun. Patung tersebut juga pernah mengeluarkan peluh, mengeluarkan bau harum dan mengeluarkan darah di tapak tangan kanannya.

Kejadian-kejadian ini disaksikan oleh ratusan orang, dan kemudian diteliti dan diverifikasi oleh Prof. Sagisaka dari Universiti Akita, yang mengesahkan bahawa yang diamatinya itu memang benar adalah darah, air mata dan peluh manusia. Selanjutnya terjadi beberapa mukjizat yang terjadi sehubungan dengan fenomena tersebut, iaitu mukjizat seorang wanita Korea yang sembuh daripada barah otak. Penyembuhan mukjizat ini disahkan oleh Dr. Tong Woo Kim dari Hospital St.  Paul dan Fr. Theisen, Ketua Tribunal Gereja di Keuskupan Agung Seoul. Mukjizat kedua adalah kesembuhan Sr. Agnes sendiri dari penyakit yang telah dideritanya selama puluhan tahun.

Jika anda bertanya mengapa ada patung Bonda Maria menangis, maka memang harus diakui itu adalah suatu misteri. Adalah hak Tuhan untuk menyampaikan pesan-Nya kepada kita, dan adalah hak Tuhan untuk menentukan cara menyampaikan kehendak-Nya. Perlu diketahui bahawa hal penampakan- penampakan ini merupakan wahyu peribadi yang tidak menambah ataupun melengkapi pesan Wahyu Umum yang ada dalam Kitab Suci mahupun Tradisi Suci.

Tentang wahyu peribadi ini Katekismus 67 menyatakan: Dalam peredaran waktu terdapatlah apa yang dinamakan “wahyu peribadi”, yang beberapa di antaranya diakui oleh pimpinan Gereja. Namun wahyu peribadi itu tidak termasuk dalam perbendaharaan iman.

Di bawah bimbingan Wewenang Mengajar Gereja, maka dalam kesedaran iman, umat beriman tahu membezakan dan melihat dalam wahyuwahyu ini apa yang merupakan amanat asli daripada Kristus atau para kudus kepada Gereja.

Iman Kristian tidak dapat “menerima” wahyuwahyu yang mahu melebihi atau membetulkan wahyu yang sudah dituntaskan dalam Kristus. Hal ini didakwa oleh agama-agama bukan Kristian tertentu dan sering kali juga oleh sekte-sekte baru tertentu yang mendasarkan diri atas “wahyuwahyu” yang demikian itu. --Katolisitas /www. theworkofgod.org/Catholic News on Fake Weeping Statute

Total Comments:0

Name
Email
Comments