Pendiri aliran sesat dipenjara di Korea

Seorang wanita Korea telah meminta pemerintah Kepulauan Fiji untuk mengusir sebuah aliran sesat setelah pendirinya dihukum penjara enam tahun di Korea kerana mendera anak kecil serta mengurung dan menyerang anggotanya.

Aug 16, 2019

SEOUL: Seorang wanita Korea telah meminta pemerintah Kepulauan Fiji untuk mengusir sebuah aliran sesat setelah pendirinya dihukum penjara enam tahun di Korea kerana mendera anak kecil serta mengurung dan menyerang anggotanya.

Sebuah mahkamah menyatakan bahawa Shin Ok-ju bertanggungjawab atas perlakuan buruk lain seperti menyeksa, memukul dan memeras ugut terhadap pengikutnya.

Shin berpindah ke Fiji bersama hampir 400 pengikutnya. Menurut mereka, Fiji merupakan tempat yang aman dari ancaman kelaparan.

Pada tahun lalu seorang whistle-blower bernama Seo- Yeon Lee menyampaikan pelbagai tuduhan melalui siaran BBC tentang amalan buruk aliran sesat itu.

Lee mengatakan beliau berjaya melepaskan diri dari kompleks gereja pada 2014 dan meninggalkan ibu dan 11 anggota keluarga besarnya.

Sekarang, katanya, meskipun Shin telah dipenjarakan di Korea Selatan, tetapi masih ramai pengikut asal Korea yang berada di Fiji masih setia kepada Shin.

“Mereka sangat marah dengan hukuman itu dan mengatakan kepada orang ramai bahawa kami pembohong,” ujar Lee serta berharap pemerintah Fiji memerintahkan kumpulan aliran sesat itu untuk keluar dari Fiji.

“Saya berharap pemerintah Fiji membuka mata mereka supaya dapat melihat apa yang telah dilakukan oleh aliran sesat tersebut. Ini bukan Gereja yang suci, ia bukan perusahaan yang bersih – mereka menghancurkan kehidupan ramai orang,” katanya.

Dalam sebuah pernyataan, kerajaan Fiji mengatakan pemerintah mengetahui bahawa Shin telah dihukum penjara dan dikatakan siasatan bersama antara pihak berwajib Fiji dan Korea Selatan tentang kegiatan ‘Gereja’ itu masih berjalan. -- ucanews.com

Total Comments:0

Name
Email
Comments