Pengakuan dosa bagi mereka yang telah lama tidak menghadiri Misa

Ketika seorang menyatakan diri menjadi orang Katolik, dia telah membuat keputusan dalam hidup, sama ada ia adalah pembaptisan bayi mahupun dewasa, bahawa dia akan menjalankan kehidupan sesuai dengan iman yang dipilihnya.

May 30, 2020

Soalan: Saya sudah enam bulan tidak mengikuti Ekaristi kerana masalah peribadi. Kini saya mahu mengikuti Misa semula. Seorang teman memberi tahu saya, saya harus mengaku dosa terlebih dahulu. Menurutnya, jika tidak ke gereja selama seminggu, kita harus mengaku dosa dulu. Apakah itu perlu? — Stefanus

Jawaban: Ketika seorang menyatakan diri menjadi orang Katolik, dia telah membuat keputusan dalam hidup, sama ada ia adalah pembaptisan bayi mahupun dewasa, bahawa dia akan menjalankan kehidupan sesuai dengan iman yang dipilihnya. Sikap ini adalah dasar utama dalam melangkah dan membuat jawaban atas pertanyaanpertanyaan peribadi: “Mengapa harus begini dan mengapa harus begitu?”

Perayaan Ekaristi merupakan perayaan iman setiap orang yang mengikuti Yesus Kristus dalam Gereja Katolik.

Perayaan ini berbentuk liturgi yang bagi Gereja merupakan ”puncak yang dituju oleh kegiatan Gereja dan serta merta sumber segala daya-kekuatannya” (Sacrosactum Concilium/SC 10). Bahkan, Konsili Vatikan II mengatakan: “Jadi, dari Liturgi, terutama dari Ekaristi, bagaikan dari sumber, mengalirlah rahmat kepada kita, dan dengan  hasil guna yang amat besar diperoleh pengudusan manusia dan pemuliaan Tuhan dalam Kristus, tujuan semua karya Gereja lainnya” (SC 10). Ini bererti bahawa Ekaristi itu merupakan hal yang penting dan dihormati dalam Gereja Katolik. Oleh sebab itu, Gereja mengajarkan bahawa setiap orang Katolik pada Hari Minggu dan Hari Raya hendaknya menghadiri Perayaan yang Agung ini sebagai ungkapan kasih orang Katolik kepada Yesus Kristus.

Pemahaman di atas memberikan jawaban:  “Mengapa perlu Pengakuan Dosa bagi mereka yang telah lama tidak ke Ekaristi untuk menyambut komuni?”

Pertama, penerimaan Komuni perlu dilakukan dengan hati yang siap, perlu ada persiapan yang baik. Inilah sebabnya seorang yang tidak merayakan Ekaristi pada hari yang ditentukan oleh Gereja perlu menyambut Sakramen Tobat terlebih dahulu sebelum dia menyambut komuni. Tindakan ini dilakukan bukan soal “boleh dan tidak boleh” seorang untuk menerima Komuni, tetapi tindakan tidak merayakan Ekaristi pada Hari Minggu itu merupakan tindakan dosa sehingga perlu Sakramen Tobat terlebih dahulu.

Bentuk Pengakuan dosa sebelum menyambut Komuni ini merupakan ungkapan peribadi seorang beriman  yang telah melalaikan Sakramen Ekaristi. Ini dilakukan oleh seorang Katolik kerana dia menghargai Ekaristi yang adalah “sumber dan puncak hidup setiap orang Katolik”. Selain itu, pengakuan dosa sebelum menyambut Komuni pertama setelah sekian lama tidak merayakan.

Ekaristi adalah bentuk penghargaan pada Yesus Kristus yang kita sambut dalam Ekaristi. Sesungguhnya dalam setiap Perayaan Ekaristi ada Ritus Tobat namun Ritus Tobat dalam Perayaan Ekaristi berbeza dengan Sakramen Tobat. Katekismus Gereja Katolik menunjukkan relasi Ekaristi dan pertobatan dengan menyatakan bahawa “Pertobatan dan penebusan dosa setiap hari menemukan sumber dan makanannya di dalam

Ekaristi, kerana  di dalamnya korban Kristus yang mendamaikan kita dengan Tuhan dihadirkan” (KGK 1436). Namun, Ritus Tobat dalam Ekaristi bukan bentuk pertobatan terhadap dosa-dosa berat kerana Sakramen Tobat pada hakikatnya memberikan pengampunan pada setiap orang Kristian yang mengakukan dosa-dosa berat mereka kerana “Kristus telah menciptakan Sakramen Pengakuan untuk anggota-anggota Gereja-Nya yang berdosa, terutama untuk mereka  yang sesudah Pembaptisan jatuh ke dalam dosa berat dan dengan demikian kehilangan rahmat Pembaptisan dan melukai persekutuan Gereja” (KGK 1446). Maka, kerana perbuatan tidak merayakan Ekaristi dan menyambut komuni yang telah terjadi lama adalah dosa berat, seorang Katolik tidak cukup hanya menjalankan ritus tobat dalam perayaan Ekaristi untuk menyambut komuni.

Akhirnya, hal lain yang perlu difahami dengan baik iaitu bahwa ketidakhadiran dalam Ekaristi tidak  dapat disebut secara langsung sebagai dosa berat kerana dosa selalu juga berkaitan dengan motivasi dibaliknya. Ertinya, jikalau seorang tidak hadir dalam Ekaristi pada hari Minggu kerana sakit maka dia tidak melakukan dosa berat.

Oleh sebab itu, pengakuan dosa sebelum menerima komuni di Hari Minggu, bukan berkaitan dengan ketidakhadiran sahaja, tetapi kerana tindakan yang dilakukan oleh seseorang untuk tidak hadir Ekaristi itu disebabkan kelalaian peribadi atau kesengajaan yang dilakukan oleh orang Katolik untuk tidak ke Ekaristi. Dia harus mengaku dosa dulu sebelum menyambut Komuni.-- Father  Yohanes Benny Suwito, hidupkatolik. com

Total Comments:0

Name
Email
Comments