Pengalaman sehari-hari yang mendewasakan

Pengalaman sehari-hari yang mendewasakan

Sep 12, 2020

Rakan saya berkongsi cerita ini. Dia membesar dengan lima adik beradik dan seorang ayah yang ketagihan alkohol.

Kesan ketagihan alkoholnya telah menghancurkan keluarga. Beginilah kisahnya: Ketika ayah saya meninggal dunia, ketagihannya terhadap alkohol telah menghancurkan keluarga kami. Tiada seorang pun daripada kami, anakanaknya dapat bercakap antara satu sama lain lagi.

Kami mula berpindah ke pelbagai tempat dan tidak berhubung  dengan satu sama lain. Ibu saya adalah seorang yang saleh dan terus berusaha selama bertahun-tahun untuk membuat kami  berdamai antara satu sama lain, menjemput kami untuk berkumpul sempena hari Kesyukuran dan Natal dan sebagainya, tetapi ia tidak pernah berkesan. Semua usahanya adalah siasia. Kami membenci satu sama lain. Kemudian ketika ibu saya terbaring di hospis barah, hanya terlantar di katil dan akhirnya dalam koma, kami, anak-anaknya, berkumpul di sisinya, melihatnya perlahan-lahan menghembuskan nafas terakhir.

Dan si ibu, yang tidak berdaya dan tidak dapat bercakap, mampu mencapai apa yang tidak berjaya dilakukannya semasa dia masih boleh bercakap lagi. Melihat dia meninggal dunia, kami adik-beradik berdamai.

Kita semua mungkin pernah mendengar kisah yang hampir serupa, di mana seseorang yang di  ambang kematian, ketika mereka terlalu tidak berdaya untuk bercakap atau bertindak, memberi kesan yang kuat, lebih kuat daripada yang mereka lakukan ketika berkata-kata atau bertindak, mencurahkan rahmat yang memberkati orang yang mereka cintai, kepada orangorang di sekeliling mereka.

Tentu sahaja, kadang-kadang ini bukan persoalan mendamaikan keluarga tetapi lebih kepada memperkuatkan perpaduan mereka yang sedia ada. Begitu juga dalam sejarah keluarga yang dikongsi oleh Carla Marie Carlson, dalam bukunya, Everyday Grace.

Keluarganya memang sedia akrab, tetapi Carlson berkongsi bagaimana kematian ibunya memperkuatkan lagi ikatan keluarga itu dan mengagumi semua yang lain yang menyaksikan kematiannya: “Mereka yang pernah meluangkan waktu dengan ibu saya semasa perjalanan itu telah memberitahu saya bahawa hidup mereka telah berubah. Ia adalah masa yang luar biasa yang saya akan sentiasa hargai.

Pelajaran penerimaan dan keberanian banyak apabila dia berjuang dengan realiti tubuh yang mati. Ia dramatik dan sengit, tetapi masih dipenuhi dengan kedamaian dan rasa syukur. Hampir semua orang yang pernah menjaga seseorang yang dikasihi, yang akhirnya meninggal dunia, dapat berkongsi cerita yang sama.

Terdapat pengajaran di sini dan misteri. Pengajarannya adalah bahawa kita tidak hanya melakukan  perkara-perkara penting antara satu sama lain dan memberi kesan kepada kehidupan masing-masing oleh apa yang kita lakukan secara aktif untuk satu sama lain; kita juga melakukan perkara-perkara yang mengubah hidup untuk satu orang lain ketika kita pasif, ketika kita dalam keadaan tidak terdaya. Inilah misteri kepasifan yang kita lihat, secara paradigmatik, seperti apa yang pernah dilakukan Yesus untuk kita.

Sebagai orang Kristian, kita mengatakan bahawa Yesus memberikan nyawa-Nya untuk kita dan bahawa Dia telah memberikan kematiannya kepada kita, tetapi kita cenderung memikirkan ini sebagai satu dan perkara yang sama. Tidak sama sekali!

Yesus memberikan hidup-Nya untuk kita melalui kegiatannya; Dia memberikan kematian-Nya kepada kita melalui kepasifan. Terdapat dua pergerakan berasingan. Seperti yang dijelaskan oleh wanita tadi, yang berusaha selama bertahun-tahun mendamaikan anak-anaknya melalui aksi, menerusi kata-kata dan tindakannya, dan kemudian akhirnya berjaya mendamaikan anak-anaknya melalui ketidak-berdaya, pasif kerana koma di atas katil hospital, begitu juga dengan Yesus.

Selama tiga tahun, Dia berusaha dalam segala cara untuk membuat kita memahami cinta, perdamaian, dan iman, tanpa kesan yang menyeluruh.

Kemudian, dalam masa kurang dari 24 jam, dalam ketidakberdayaan-Dya, ketika dia tidak dapat bercakap, dalam kematian-Nya, kami mendapat pelajaran.

Kedua-dua iaitu Yesus dan ibunya mampu, dalam ketidakberdayaan dan kepasifan mereka, untuk memberikan sesuatu kepada dunia yang mereka tidak dapat berjaya lakukan ketika mereka masih bertenaga dan aktif bergiat.

Sayangnya, ini bukan sesuatu dalam budaya kita sekarang, dengan penekanannya terhadap kesihatan, produktiviti, pencapaian, dan kuasa yang sangat difahami. Kita tidak lagi memahami atau menghargai rahmat  kuat yang diberikan oleh seseorang yang mati akibat penyakit membawa maut; dan tidak ada karunia yang kuat dalam seseorang yang mempunyai kecacatan, atau sememangnya rahmat yang ada dalam fizikal kita dan ketidak mampuan peribadi kita. .

Kita juga tidak faham apa yang  kita berikan kepada keluarga, kawan dan rakan sekerja apabila kita, masih bertenaga dan berkuasa, dan harus menyerap pengabaian, kekeliruan, dan salah faham.

Apabila budaya mula bercakap tentang euthanasia, sebagai sesuatu yang tidak baik, ia menandakan kita tidak lagi memahami  rahmat dalam kepasifan.

Dalam tulisannya, Henri Nouwen membuat perbezaan antara apa yang disebutnya sebagai “pencapaian” kita dan “keberhasilan” kita. Pencapaian lebih banyak datangnya daripada aktiviti kita tentang apa yang telah kita capai secara positif. Apa yang kita lakukan secara aktif untuk orang lain? Dan pencapaian kita berhenti apabila kita tidak lagi aktif.

Keberhasilan pula sebaliknya, ia melangkaui apa yang telah kita lakukan secara aktif dan diperolehi dengan banyaknya semasa ia diserap dalam keadaan pasif di mana kita secara aktif membuahkan hasil. Keluarga yang diceritakan tadi berdamai bukan kerana kejayaan usaha ibu mereka, tetapi kerana keberhasilannya dalam kepasifan. Begitulah misteri kepasifan.

Pierre Teilhard de Chardin, dalam buku klasik kerohaniannya, The Divine Milieu, menyatakan kepada kita bahawa kita diseru untuk membantu dunia melalui aktiviti dan kepasifan kita, melalui kedua-duanya, kita dapat memberikan secara aktif dan melalui kepasifan. –– Hakcipta Terpelihara 1999-2020@ Fr Ron Rolheiser

Total Comments:0

Name
Email
Comments