Pengamal undang-undang berhimpun dalam Misa Votif di Limbanak

Gereja St Aloysius Limbanak telah menganjurkan Misa Votif kali ke tujuh pada 27 Januari 2019.

Feb 09, 2018

LIMBANAK: Gereja St Aloysius Limbanak telah menganjurkan Misa Votif kali ke tujuh pada 27 Januari 2019. Misa dimulakan dengan perarakan masuk para Paderi dan para pengamal undang-undang yang lengkap berpakaian rasmi.

Lebih 50 pengamal undangundang — sebahagian besarnya terdiri daripada peguam, hakim dan tiga pegawai kehakiman dari Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu — menghadiri majlis tersebut, termasuk beberapa ahli keluarga dan lain-lain

Dalam homilinya, Uskup Agung John Wong menyeru para pengamal undang-undang yang hadir, untuk meperdalamkan kebijaksanaan dan bimbingan demi pekerjaan mereka

Dalam ucapannya selepas Misa, Puan Ruth Marcus, penyelaras Persatuan Peguam Katolik Sabah (SCLA), mengingatkan mereka yang berkata SCLA akan terus memberikan kaunseling undang-undang percuma mengenai pelbagai isu yang berkaitan agama Katolik seperti masalah ketidaktepatan status agama dalam Kad Pengenalan, penukaran agama anak bawah umur unilateral, dan kes-kes murtad

Ruth memaklumkan kepada hadirin bahawa persatuan itu merancang untuk menganjurkan sebuah persidangan dialog antara agama dengan pemimpin - pemimpin berlainan iman, seperti yang dihadirinya di Beirut Lebanon pada Oktober 2017.

Pada masa yang sama, beliau mencadangkan agar beberapa wakil dari peguam Katolik untuk duduk di Majlis Perundingan Perpaduan Negara untuk membantu majlis itu dengan memberikan maklum balas dan cadangan mengenai Rang Undang- Undang Harmoni Kebangsaan.

Katanya, persatuan SCLA juga berharap dapat mengadakan retret bagi para peguam Katolik Malaysia tidak lama lagi.

Uskup Agung John Wong di dalam ucapannya pula memberikan kata-kata semangat kepada para pengamal undang-undang yang hadir serta mengumumkan bahawa beliau telah melantik Father Paul Lo sebagai pembimbing rohani bagi SCLA.

Selepas Misa, Uskup Agung bersama para pengamal undang-undang, beredar untuk Dewan Fr Jud bagi acara seterusnya.

Total Comments:0

Name
Email
Comments