Penganut Kristian di Timur Tengah, sudah pupus?

Agama Kristian mempunyai akar umbi di Timur Tengah. Di Palestin, Syria, Lebanon, Iraq dan Mesir, penganut Kristian merupakan penduduk majoriti sebelum kedatangan Islam.

Apr 17, 2014

VATIKAN: Agama Kristian mempunyai akar umbi di Timur Tengah. Di Palestin, Syria, Lebanon, Iraq dan Mesir, penganut Kristian merupakan penduduk majoriti sebelum kedatangan Islam.

Mereka telah menyumbang serta memulakan pembangunan dalam tamadun Islam-Arab bersama dengan penganut Islam, sebab itulah kewujudan mereka di Arab dan di kawasan Islam adalah penting.

Sehingga 50 tahun lalu, umat Kristian Timur Tengah mewakili lebih kurang 20 peratus daripada populasi keseluruhan. Kini, mereka hanyalah berjumlah tiga peratus.

Keputusan dibuat sebagai fungsi kepentingan kuasa-kuasa besar, dan ini membuka jalan bagi konflik agama dan etnik yang masih dihadapi hingga ke hari ini.

Tidak ada keamanan di antara Israel dan Palestin. Lebanon sentiasa diancam dengan peperangan sivil. Syria di ambang kejatuhan dengan sembilan juta penduduk meninggalkan tanah kelahiran mereka. Iraq semakin teruk.

Mesir pula seakan-akan meledak. Jutaan penganut Kristian Timur menjadi pelarian, melarikan diri dari satu wilayah ke wilayah yang lain. Pada masa ini, terdapat perbincangan yang semakin giat bagi merancang pembinaan Timur Tengah baru, ia merupakan sumber keprihatinan dan ketakutan.

Selama 1,400 tahun Islam tidak dapat mengeluarkan Kristian daripada tanah mereka dan Gereja. Kita polisi Barat pula telah menyelerakkan penganut Kristian dari Timur Tengah.

Semakin hari, semakin ramai Kristian menjadi mangsa dan mereka tidak dapat ditahan untuk keluar dari tanah kelahiran sendiri demi menyelamatkan diri. Pada masa ini, dianggarkan lebih kurang 10 hingga 12 juta dari 550 juta penduduk keseluruhan atau sekitar tiga peratus. Dan tekanan dikenakan ke atas orang Kristian dan minoriti agama lain di Timur Tengah semakin meningkat sejak beberapa dekad yang lalu, kadang-kadang dengan cara yang halus, pada masa yang lain, secara terbuka Diskriminasi, ketidakadilan, penculikan, dibahagikan dan ugutan telah memberi gambaran bahawa penganut Kristian di dunia Arab-Islam pasti akan pupus.

Semua ini berpunca daripada ketidakstabilan kebanyakan negara- negara yang mempunyai pertumbuhan radikal Islam, mereka berselindung di sebalik "politik Islam.” Bagi “revolusi Arab”, ia tewas kepada ekstremisme. "Politik" Islam mahu menghidupkan semula Khilafah seramai mungkin di Damsyik.

Cara pemikiran mereka dan melakukan perang seperti Zaman Pertengahan di mana orang Kristian dibenarkan tinggal di kawasan itu sebagai warganegara kelas kedua! Merampas harta daripada orang Islam, yang disifatkan tidak mempunyai keistimewaan hak hanya kerana mereka tidak beragama Islam, diberikan surat ancaman.

Oleh itu, persoalannya ialah, 'Adakah lelaki dan wanita yang mempunyai masa lampau hebat ditakdirkan untuk pupus dari Mesopotamia dan tanah nenek moyang mereka?' Di Syria, Kristian terdedah kepada serangan oleh pemberontak Islam. Yang terakhir, pekan bersejarah Kristian, Maaloula, sebuah bandar Kristian bersejarah yang penduduknya bercakap bahasa Aramaik, bahasa Yesus.

Dua orang Uskup, beberapa Paderi, 12 orang biarawati telah diculik dan dibebaskan baru-baru ini. Lebih kurang 1,2000 Kristian telah dibunuh, 30 peratus daripada Gereja telah dimusnahkan serta 600,000 orang Kristian telah melarikan diri. Mereka yang tertinggal hidup dalam ketakutan. Riad Jarjour, seorang pelayan Presbyterian dan bekas presiden Majlis Gereja-Gereja di Timur Tengah, berkata, "Jika situasi ini berterusan seperti ini, akan datang satu masa apabila terdapat akan tiada lagi Kristian di Syria."

Walau bagaimanapun, tanggungjawab untuk nasib semasa Timur Tengah Kristian jatuh sebahagiannya di Barat, disebabkan oleh dasar yang tidak seimbang di rantau ini. Pada masa yang sama, adalah sedih untuk menyatakan bahawa kebanyakan Kristian di Barat tidak begitu mengenal penderitaan orang Kristian di Timur Tengah, walaupun mereka sebenarnya boleh menyerlahkan keadaan sebenar penduduk Kristian di situ dan meningkatkan kesedaran di kalangan ahli-ahli politik.

Di dalam Ekshortasi Apostoliknya, Evangelii Gaudium, Paus Fransiskus menekankan isu hak-hak agama dan dengan rendah hati meminta pemimpin-pemimpin Islam memastikan hak kebebasan beribadat serta menganuti iman yang di kalangan penduduk,seperti yang dinikmati oleh penganut Islam di negara-negara Barat. — AsiaNews

Total Comments:1

Name
Email
Comments
Bernamalatifahsam1402@gmail.com
This is bullshit!