Penghujung tahun 2020, Keuskupan Miri terima dua paderi baharu

90,000 umat Katolik di Miri sukacita mengalu-alukan dua oang paderi baharu yang ditahbis sebelum berakhirnya tahun 2020, tahun mencabar akibat pandemik Covid-19.

Jan 15, 2021

MIRI: 90,000 umat Katolik di Miri sukacita mengalu-alukan dua oang paderi baharu yang ditahbis sebelum berakhirnya tahun 2020, tahun mencabar akibat pandemik Covid-19.

Diakon Henry Saleh dan Ronald Jimmy ditahbis pada 30 Disember 2020 oleh Uskup Richard Ng di Gereja St Dominic and The Rosary.

Mematuhi SOP, upacara pentahbisan itu hanya dihadiri para paderi dan keluarga serta bilangan umat yang terhad.

Uskup Ng semasa menyampaikan amanatnya kepada dua orang paderi itu, berpesan agar keduadua paderi yang berusia awal 30an itu agar hidup kudus, teguh dalam iman dan komited dalam  melayani Tuhan serta umat-Nya. “Tekunlah dalam mewartakan Injil dan dalam tugas-tugas sakramental kalian.

“Apa yang kalian ucapkan hendaklah dilahirkan dalam tindakan. Kamu harus mjelayani seperti gembala, Tuhan Yesus yang lemah lembut dan merendahkan diri,” kata Uskup Ng.

Selepas Misa, dua orang imam baharu itu, Fr Henry dan Fr Ronald mengucapkan kesyukuran mereka kepada Tuhan, Bapa Uskup, keluarga dan rakan-rakan mereka yang mendoakan mereka sehingga menjadi paderi.

Kedua-dua paderi itu tekad untuk melayani Gereja dengan taat dan tekun. — sumber Today's Catholic

Total Comments:0

Name
Email
Comments