Pentahbisan Diakon Dafrinn Diwol pada hari Maria Bonda Tuhan

Pentahbisan Diakon Dafrinn Diwol pada hari Maria Bonda Tuhan

Feb 01, 2019

TAWAU: Paroki Holy Trinity Tawau menyambut sukacita Tahun Baru 2019 dengan pentahbisan diakon. Seminarian Dafrinn Diwol pada 1 Januari.

Gereja dipenuhi umat bagi menyaksikan ritus pentahbisan diakon yang diselebrankan oleh Uskup Julius Dusin Gitom. Turut hadir dalam perayaan Ekaristi itu ialah sepuluh orang Paderi Keuskupan dari lima Paroki dan Mision Paitan, pensyarah dari Kolej Sto Petrus, Fr Francis Dakun dari Keuskupan Keningau, Romo Antonius dari Indonesia, para seminarian dan religius.

Dafrinn merupakan anak ketiga kepada pasangan mendiang Diwol Sundaling dari Tenom dan Helda Laurencius dari Papar.

Dilahirkan di Sandakan pada 24 November, 1980, Dafrinn bersekolah awal di Tadika Ming Chung Sandakan, kemudian ke Sekolah Rendah S.K Gum Gum serterusnya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Gum Gum, Sandakan.

Sebelum menyahut panggilan menjadi paderi, Dafrinn pernah bertugas di Jabatan Perhutanan, syarikat insuran dan kulinari. Diakon itu juga pernah mengambil kursus Seni Kulinari di Asian Tourism Institution, Kota Kinabalu pada tahun 1999.

Dalam sepuluh tahun itu, Dafrin perlahan- lahan mempertajamkan panggilannya sebagai paderi dan pada tahun 2009, beliau memulakan pembentukannya sebagai paderi di Catholic Diocesan Centre , kemudian memasuki Tahun Inisiasi di Seminari Minor, Kota Kinabalu pada tahun 2010.

Pada tahun 2011-2012, beliau menghabiskan tahun falsafah dan seterusnya pada 2013-2016, menamatkan tahun teologi beliau di Kolej Santo Petrus, Sarawak.

Dari situ, Dafrin memulakan pelayanannya sebagai Lektor pada4 November 2013 dan dilantik sebagai Pelayan Alkolit pada 3 November 2014.

Dalam latihan pastoral, Diakon Dafrinn pernah melayani di Kg Krokong, Bau, Sarawak, St Martin Telupid, Clinical Pastoral Education, Assunta Hospital, Petaling Jaya dan Gereja Holy Trinity, Tawau

Total Comments:0

Name
Email
Comments