Perbezaan pembaptisan bayi dan pembaptisan dewasa

Perbezaan pembaptisan bayi dan pembaptisan dewasa

Oct 12, 2018

Soalan: Apakah Sakramen Baptis untuk orang dewasa dan Sakramen Baptis untuk kanak-kanak berbeza atau sama sahaja? - Elisabet

Jawaban: Pertama, Sakramen Baptis sebagai Sakramen, tentu saja adalah Sakramen yang sama jika diberikan kepada orang dewasa mahupun kepada kanak-kanak. Hukum Gereja menyatakan “Sakramen-Sakramen adalah sama untuk seluruh Gereja dan termasuk khazanah ilahi . . . “ (KHK Kan no 841) Penerima Sakramen boleh berbezabeza, tetapi Sakramen Baptis-nya tetaplah sama.

Sakramen Baptis adalah pintu gerbang untuk Sakramen-Sakramen lainnya kerana Sakramen inilah yang memberikan rahmat penghapusan dosa asal dan semua dosa lainnya dan menganugerahkan keselamatan yang merupakan buah penebusan Kristus.

Melalui Sakramen Baptis ini, semua orang yang dibaptis disatukan dengan Yesus Kristus, dan kerana itu juga disatukan dengan semua orang yang sudah bersatu dengan Kristus.

Kedua, perbezaan antara Baptis dewasa dan Baptis kanak-kanak terletak pada penerimaan Sakramen itu, bukan pada keabsahan atau terjadinya sebuah Sakramen.

Dalam hal terjadinya, setiap Sakramen ditentukan oleh material (“bahan” atau tindakan minimal yang ditentukan Gereja harus ada), forma (doa yang menyertai pelaksanaan Sakramen), intensi dari pelayan Sakramen dan kuasa yang dimiliki oleh pelayan Sakramen.

Perlu diingat bahawa terjadinya Sakramen tidak tergantung pada penerimaan daripada orang yang menerimanya.

Tetapi dalam hal efektivitas rahmat yang diberikan dalam diri orang yang bersangkutan, keikut sertaan subjek penerima sangat menentukan.

Meskipun tanpa sahutan aktif daripada penerima, sebuah Sakramen menjadi Sakramen yang sah tetapi mandul atau statik. Tetapi penerima pertama ialah komuniti atau Gereja, bukan peribadi masingmasing anggota Gereja.

Ketiga, kanak-kanak dibaptis sebagai anak, bukan sebagai orang dewasa yang sudah mampu menyahut rahmat Tuhan secara bebas dan mengasimilasinya. Sebagai bayi atau kanak-kanak, mereka masih tergantung dalam segala hal daripada orang tua mereka. Kerana itu, buku liturgi Upacara Pembaptisan Kanak-kanak mengatakan bahawa "mereka dibaptis dalam iman Gereja yang diakui oleh para orang tua dan wali baptis serta semua hadirin.

Kerana itulah, dalam pelaksanaan liturgi pembaptisan, orang tua dan wali baptis mewakili kanakkanak menjawab ajakan dan pertanyaan imam. Untuk selanjutnya, orang tua dan wali baptis mempunyai kewajiban untuk mendidik kanak-kanak itu dalam iman Katolik. Dengan demikian, Sakramen itu baru mendapatkan ertinya yang penuh.

Kerana itulah, Gereja menetapkan persyaratan utama untuk pembaptisan bayi ialah bahawa “ada harapan cukup beralasan bahawa anak itu akan dididik dalam agama Katolik; bila harapan itu tidak ada, baptis hendaknya ditunda.” (KHK Kan no, 868, # 2).

Soalan 2: Apakah wali baptis itu harus sama jenis kelaminnya, ertinya seorang lelaki untuk calon baptis lelaki, dan seorang perempuan untuk calon baptis perempuan? Berapa jumlah wali baptis yang diizinkan? — Eribertus

Jawaban: Pertama, dalam Kitab Hukum Kanonik 1983 yang berlaku pada saat ini, sudah tidak ada ketentuan bahawa para wali Baptis harus diambil daripada jantina yang sama. Dengan kata lain, sorang lelaki boleh menjadi wali baptis untuk calon baptis perempuan, demikian pula seorang perempuan boleh menjadi wali baptis untuk calon baptis lelaki.

Kedua, wali baptis yang rasmi dan tercatat dalam surat baptis hanyalah satu orang atau dua orang yang berbeza jenis kelamin. Hukum Gereja mengaturnya: “Sebagai bapa/ibu baptis hendaknya diambil hanya satu lelaki atau hanya satu perempuan atau juga lelaki dan perempuan.” (KHK Kan no. 871). Wali baptis “bukan ayah atau ibu daripada calon baptis” (KHK Kan 874 # 5) — Fr Dr Petrus Maria Handoko CM

Total Comments:0

Name
Email
Comments