Perjuangan Gereja dalam proses menjadi matang

Ada tanggapan popular yang menyatakan bahawa kewujudan agama Kristian boleh digambarkan dengan tahun-tahun kehidupan seseorang

Jun 23, 2017

Ada tanggapan popular yang menyatakan bahawa kewujudan agama Kristian boleh digambarkan dengan tahun-tahun kehidupan seseorang. Maka, jika mengikut tanggapan ini, ia menggambarkan agama Kristian selama 21 abad ini, umpama seseorang insan yang berusia 21 tahun, seorang belia berusia 21 tahun, sudah matang dengan ciri-ciri kematangan biasa tetapi masih banyak lagi yang perlu diperbaiki. Tetapi, adakah pepatah ini benar-benar dapat menggambarkan Gereja kita?

Soalan ini sangat rumit dijawab kerana agama Kristian diungkapkan melalui komuniti-komuniti berdoa dan dalam kerohanian yang sangat besar serta tersebar di seluruh dunia. Sebagai contoh, dengan hanya merujuk kepada Gereja, sukar untuk bercakap tentang Gereja Kristian secara umum kerana di Afrika, di kebanyakan tempat, gereja-gereja di sini masih muda, masih remaja dan sangat subur bertumbuh, meskipun mempunyai pelbagai masalah tetapi dalam masa yang sama, memiliki banyak kekuatan untuk menempuhinya.

Di Eropah Timur pula, gereja-gereja di sini masih cuba keluar daripada cengkaman komunisme yang memerintah selama bertahun-tahun, gerejagereja di sini masih berjuang untuk mencari keseimbangan baru dan tenaga baru di tengah-tengah aliran sekularisme yang semakin menular.

Gereja-gereja di Amerika Latin pula telah memberikan kita teologi kebebasan kerana pengaruh dari pelbagai isu. Di sani, isu-isu ketidak adilan sosial dan mereka yang cuba menyelesaikan masalah sosial ini dengan ajaran Yesus dan mereka yang menentangnya, telah mewarnai perkembangan dan pertumbuhan kehidupan serta pemahaman gereja.

Di Asia, situasi gereja di sini pula amat kompleks. Bercakap tentang kerohanian di Asia, seseorang boleh bercakap tentang empat ungkapan berbeza mengenai Gereja dan badanbadan kerohanian di Asia: Terdapat Buddha Asia, Hindu Asia, Islam Asia dan pasca-Kristian Asia. Di kebanyakan tempat di Asia, Gereja dan kerohanian dipraktikkan dengan cara berbeza.

Ini belum lagi jika dibandingkan dengan gereja-gereja di Eropah Barah dan Amerika Utara dan Barat. Oleh itu, kelihatannya, agama Kristian tidak memperlihatkan keindahannya sebagai seorang belia atau bertenaga kuat, tetapi apa yang dapat dilihat daripada wajah luarannya, Gereja kelihatan sudah tua, beruban, letih dan projek yang meletihkan.

Berapa kadar ketepatan gambaran ini bagi agama Kristian di Eropah Barat, Amerika Utara dan tempattempat di mana dominasi sekularisme? Adakah kita, sebagai Gereja, kelihatan tua, letih, beruban dan menjemukan?

Ini hanyalah pandangan daripada satu orang. Masih ramai lagi memberikan interpretasi gereja. Sigmund Freud dan Karl Marx, bersama tokohtokoh Enlightenment mengatakan agama Kristian adalah seperti projek yang menelan belanja, realiti yang semakin pudar, ia akan hancur kerana keengganan menganut agama ini di kalangan kaum muda. Tetapi bagi Pierre Teilhard de Chardin, meskipun bersetuju bahawa ada "keletihan" pada Gereja namun mempunyai pandangan yang lebih positif. Bagi beliau, agama Kristian masih dalam tahap “bayi”, berjuang untuk terus membesar dan menjadi matang, Gereja bagi Pierre umpama seorang bayi yang belajar untuk berjalan, oleh itu, selalu terjatuh ketika bertatih. Penulis kerohanian kontemporari, Tomas Halik, yang baru-baru ini memenangi anugerah berprestij Award Templeton, juga menyatakan idea yang lain.

Bagi Halik, gereja Kristian di Barat sedang melalui waktu yang dipanggil, “keletihan masa tengah hari” atau bagi para penulis, mereka memanggilnya sebagai “krisis imaginasi/sesuatu yang menghalang kreativiti penulis.” Halik amat sependapat dengan Charles Taylor, yang menulis kajian momental “A Secular Age”. Bagi Charles Taylor, apa yang dilalui oleh gereja Kristian hari ini bukanlah tentang krisis iman seperti krisis imaginasi dan integrasi. Penulispenulis Kristian masa dahulu menggelarkan situasi ini sebagai “malam kelam dalam jiwa” dan Halik menyatakan bahawa ia berlaku bukan pada penghujung hari sebaliknya pada waktu tengah hari. Pendapat saya sendiri banyak berpihak kepada Halik. Agama Kristian, Gereja-gereja dan kerohanian Eropah Barat dan Amerika Utara bukanlah tua dan di ambang kematian, ia juga bukan projek yang sia-sia. Sebaliknya, gereja-gereja ini masih muda, baru berusia 21 tahun, dan memerlukan masa untuk menjadi matang.

Namun, saya juga bersetuju dengan pengkritik-pengkritik konservatif, perjalanan untuk menjadi matang tidak dijamin sebaliknya penuh dengan situasi tidak dijangka apatah lagi dalam hal membuat pilihan dan memenuhi komitmen dalam iman yang sejati.

Seperti mana-mana ibu bapa yang menasihati anak-anak mereka, tidak ada jaminan bahawa seorang anak berusia 21 tahun sudah matang. Hal sebaliknya juga boleh berlaku, begitu juga dengan agama Kristian dan Gereja pada masa sekarang ini. Sekali lagi, saya tekankan, tidak ada jaminan.

Tetapi, di dalam iman dan dalam membuat pilihan serta komitmen, penting untuk kita meletakkan diri kita di bawah kanopi yang betul begitu juga dalam melaksanakan tugas dengan betul. Kita bukanlah tua dan hampir mati. Kita masih muda, dan pada masa lampau, kita juga dapat melihat banyak “masalah pada waktu tengah hari” dan pada masa sekarang, kita masih mengalami sengsara akibat beberapa “keletihan di tengah hari.”

Waktu tengah hari yang meletihkan itu pasti akan datang dan tugas masa “tengah hari” ini agak berbeza dibandingkan dengan tugas pada waktu pagi atau pada waktu petang. James Hillman berkata, “Pada awal tahun, kita harus menumpukan bagaimana menyelesaikan atau melakukan beberapa perkara, kemudian, pada pertengahan tahun atau akhir, kita harus melihat kembali bagaimana kita telah menyelesaikan dan adakah ia sudah diselesaikan.”

Tetapi pada masa “tengah hari”, ia adalah waktu untuk menumpukan sesuatu iaitu tugas untuk menajamkan minda serta jiwa kita. Ahliahli spritual dan antropologi bersetuju bahawa “kehidupan waktu tengah hari” ini adalah sangat penting dalam proses kematangan, masa penting bagi seseorang untuk memperdalamkan karya-karya kerohanian dan masa penting untuk memasuki sesuatu fasa yang lebih mendalam dan berharga dalam jiwa kita sendiri. Penting untuk kita ingati bahawa ia adalah tugas untuk memperdalamkan, bukan untuk memulihkan.

Keletihan waktu tengah hari itu tidak dapat diatasi dengan melakukannya pada waktu pagi dengan harapan, waktu pagi lebih segar atau melepaskan keletihan waktu tengah hari pada waktu petang dengan santai. Keletihan waktu tengah hari dapat diatasi dengan mencari sumbersumber mata air segar, yang jauh tertanam di dalam dasar jiwa kita.--Fr Ron Rolheiser @ Hakcipta Terpelihara 1999-2017

Total Comments:0

Name
Email
Comments