Perlindungan dan keadilan Pilihanraya Dun Negeri Sabah — intensi doa Uskup Cornelius sempena Hari Raya Perawan Maria Diangkat ke Syurga

Meskipun di tengah-tengah kerisauan pandemik Covid-19, Keuskupan Keningau yakin dengan SOP dan kerjasama umat akan dapat menangkis penularan Covid-19.

Aug 08, 2020

KENINGAU: Meskipun di tengah-tengah kerisauan pandemik Covid-19, Keuskupan Keningau yakin dengan SOP dan kerjasama umat akan dapat menangkis penularan Covid-19.

Dalam Surat Pastoral Uskup Cornelius, 9 Ogos 2020, bulan Ogos telah diisi dengan pelbagai program rohani yang penting. Uskup Cornelius juga menyelitkan intensi khas sempena Hari Raya Kenaikan Perawan Maria Ke Syurga yang bakal diraikan di Keuskupan Keningau pada 14 Ogos ini.

Uskup bumipuyera itu mengangkat intensi doa agar Covid-19 dapat dipulihkan dan juga perlindungan serta keadilan Pilihan Raya Dun Negeri Sabah, yang akan diadakan tidak lama lagi.

Berikut merupakan senarai program yang telah dijadualkan pada bulan Ogos di  Keuskupan Keningau:

1.11/8/2020 — Perayaan Santa Clare, anjuran Sisters Poor Clare. Misa Kudus jam 6.00 petang di RRKKT disusuli dengan fellowship (secara Potluck).

2.14/8/2020 — Pesta Bonda Maria diangkat ke syurga. Doa Rosari jam 5.30 petang disusuli Misa Kudus jam 6.45 petang, bertempat di Pusat Ziarah Keluarga Kudus, Nulu Sosopon (PZKKNS). Program Mini Ziarah ke PZKKNS bermula pada 9/8/2020 hingga 14/8/2020, Sila rujuk jadual giliran kumpulan anda masing-masing yang diselitkan dalam Risalah Mingguan KSFX (LOM, KKD, Komiti). Intensi khusus program ziarah ini ialah:

a.Supaya Covid-19 dapat dipatahkan dengan segera dan kesihatan seluruh  dunia dapat dipulihkan.

b.Perlindungan dan keadilan Pilihan Raya DUN Negeri Sabah yang akan diadakan dalam masa yang terdekat ini. 

3. 15/8/2020 — Perayaan Ulang Tahun ke13 Adorasi 15 Jam di RRKKT. Misa Kudus jam 8 pagi disusuli dengan Adorasi bertempat di RRKKT. Semua program dan aktiviti yang akan dijalankan haruslah mematuhi SOP yang sudah ditetapkan.

Pada 30 Julai lalu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah telah dibubarkan berkuat kuasa hari ini. Pembubaran itu diumumkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada sidang media khas pada pagi tersebut.

Beliau yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), berkata permohonan  pembubaran itu sudah diperakukan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, pada pagi hari tersebut.

Uskup Cornelius dalam Surat Pastoralnya (9 Ogos 2020) mengatakan, "Banyak hal yang merisaukan para pemimpin dan rakyat. Apakah pilihan raya akan dijalankan secara adil dan demokrasi atau masih seperti biasa di mana kuasa wang digunakan untuk membeli undi serta lainlain perbuatan dan strategi yang tidak adil dan tidak jujur."

Prelatus itu menasihati bahawa dalam menghadapi masa ini ialah dengan yakin dan percaya dengan kehadiran Yesus. Beliau juga mengingatkan umat bahawa "kita adalah garam dan cahaya yang membawa pengaruh baik dan nilai-nilai kerajaan Tuhan di mana sahaja kita berada!" 

Total Comments:0

Name
Email
Comments