Pertanyaan tentang penyunatan Yesus

Pertama, sebenarnya yang dikatakan oleh Lukas dalam petikan di atas ada dualah upacara, iaitu upacara pentahiran (penyucian) dan upacara penyerahan bayi yang baru lahir. Sebenarnya upacara pentahiran adalah peraturan atau ketetapan Yahudi yang sudah sangat kuno. Sebagai orang Yahudi yang taat, Yusuf dan Maria patuh pada hukum itu.

May 04, 2018

Soalan: Membaca kisah penyunatan Yesus di kenisah (Luk 2:21-40), saya merasa aneh bahawa tidak diceritakan perincian upacara yang dimaksudkan dan bagaimana upacara itu dilakukan.

Di mana dikatakan dalam Perjanjian Lama tentang peraturan yang dirujuk oleh Lukas? Apa hubungan antara peristiwa penyunatan itu dengan kehadiran Simeon dan Hana? Mohon penjelasan. -- T. Maria

Pertama, sebenarnya yang dikatakan oleh Lukas dalam petikan di atas ada dualah upacara, iaitu upacara pentahiran (penyucian) dan upacara penyerahan bayi yang baru lahir. Sebenarnya upacara pentahiran adalah peraturan atau ketetapan Yahudi yang sudah sangat kuno. Sebagai orang Yahudi yang taat, Yusuf dan Maria patuh pada hukum itu.

Sesuai dengan Im 12:7, Maria-lah yang harus ditahirkan di kenisah setelah melahirkan.

Pentahiran itu dilakukan oleh imam dengan mengadakan pendamaian bagi wanita, sedangkan si wanita harus mempersembahkan korban berupa seekor domba setahun, atau jika secara ekonomi tidak mampu, dua ekor burung tekukur atau dua ekor anak burung merpati. Korban itu dipersembahkan untuk korban bakaran dan korban penghapus dosa (Im 12:8). Upacara kedua ialah upacara penyerahan bayi kepada Tuhan. Upacara ini bukanlah keharusan tetapi pilihan atau mana suka ( optional). Hukum Yahudi mengatur bahawa setelah anak berumur sebulan, harus ditebus dengan upacara (Kel 34:20).

Perincian tentang upacara penyerahan ini dapat ditemui dalam Kitab Bilangan (18:15-16). Hukum ini berlaku untuk semua makhluk yang sulung, baik haiwan mahupun manusia. Hal ini mengingatkan Israel pada saat Malaikat Tuhan melawati mereka dalam pembebasan dari Mesir, dan menyelamatkan anak sulung mereka.

Kedua, dari data yang sedikit tentang kedua-dua upacara yang diungkapkan dalam kisah itu, dapat disimpulkan bahawa Lukas tidak bermaksud menceritakan upacaraupacara tersebut.

Upacara pentahiran Maria dan penyerahan Yesus kepada Tuhan digunakan sebagai latar belakang untuk mengungkapkan iman Lukas tentang Yesus, iaitu tentang peribadi dan misi Yesus. Hal ini diungkapkan oleh dua orang nabi yang waktu itu sedang ada di kenisah.

Jelas sekali bahawa melalui mulut Simeon yang diterangi Roh Kudus, Lukas menerawang identiti dan misi Kanak-kanak Yesus itu, iaitu sebagai Mesias (ayat 26).

Simeon melukiskan inti karya Yesus, iaitu Dialah keselamatan dari Tuhan (ay 30; bdk Yes 42:5-6), “terang penyataan bagi bangsabangsa” (ay 32; bdk. Yes 42:6; 49:6) dan juga “kemuliaan bagi Israel” (ay 32; Yes 46:13; 45:25).

Simeon mengungkapkan bahawa Kanak-kanak Yesus adalah Mesias bagi segala bangsa. Keselamatan yang dibawa Yesus akan meliputi segala bangsa atau bersifat universal. Konsekuensinya, seluruh umat manusia harus menentukan sikap terhadap Yesus, pro atau kontra. Tidak ada sikap masa bodoh.

Simeon juga mengungkapkan kesatuan hati antara Yesus dan Maria. Jika Yesus menjadi tanda perbantahan, maka Maria akan selalu berada di dekat Yesus dan ikut serta merasakan penderitaan Puteranya: “suatu pedang akan menembus jiwamu sendiri” (ay 35).

Ketiga, kehadiran nabi perempuan, Hana, menegaskan sekali lagi identiti dan misi Yesus. Hana menyatakan bahawa bayi Yesus itulah yang dinanti- nantikan oleh Israel, sebab Dia-lah Mesias yang akan melepaskan Yerusalem dari penindasan (ay 38).

Rahsia identiti dan misi Yesus luput dari kepandaian para ahli Taurat, orang Farisi, dan para imam, tetapi difahami dengan baik sekali oleh dua nabi yang hidupnya dekat Tuhan, iaitu Simeon dan Hana.

Mereka berdua "miskin di hadapan Tuhan" seperti para gembala yang dikunjungi oleh para malaikat. Hanya orang-orang sederhana (miskin di hadapan Tuhan) yang berkenan di hadapan Tuhan.

Tiga kali dikatakan bahawa Simeon dibimbing oleh Roh Kudus (ay 25, 26, 27). Hana adalah nabi perempuan, ertinya Roh Kudus juga membimbingnya. Maka, dapat dikatakan bahawa hanya dalam hati orang-orang yang miskin di hadapan Tuhan, Roh Kudus dapat berleluasa berkarya.

Hanya orang yang dipenuhi dan dibimbing oleh Roh Kudus sanggup menangkap pernyataan diri Tuhan di tengah-tengah umat-Nya, di balik bungkus manusiawi.

Roh Kudus mendorong orang-orang ini untuk “melihat” melampaui apa yang tidak dapat dilihat oleh mata biasa. Di sebalik bayi kecil yang kelihatan miskin, tak berdaya, dan mungil itu, Tuhan yang perkasa hadir sebagai Penyelamat. -- Fr Dr Petrus Maria Handoko CM

Total Comments:0

Name
Email
Comments