Pertemuan Sri Paus dengan pemimpin Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir

Pertemuan Sri Paus dengan pemimpin Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir

Mar 15, 2019

VATIKAN: Sri Paus Fransiskus mengalu-alukan kedatangan para pemimpin tertinggi Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir (Church of Jesus Christ of Latter-day Saints) atau lebih dikenali sebagai Gereja Mormon ke Vatikan, sehari sebelum pembukaan rasmi bait suci pertama mereka di kota Roma.

Vatikan menyenaraikan pertemuan sulit Sri Paus dengan Russel M.Nelson, presiden Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir dalam senarai mesyuarat tertutup dengan Sri Paus Fransiskus pada 9 Mac tetapi tidak memberikan maklumat tambahan.

Para pemimpin Katolik dan Mormon, khususnya di Amerika Syarikat telah meningkatkan hubungan rasmi mereka beberapa tahun ini, mereka bekerjasama dalam pelbagai projek sosial serta bergabung usaha dalam mempromosikan isu-isu semasa lebih-lebih lagi dalam polisi menyokong keluarga tradisional.

Namun Gereja Katolik tidak mengakui pembaptisan yang dilakukan oleh Gereja Mormon sebagai pembaptisan sah Katolik.

Pendirian Gereja Katolik ini telah diterbitkan secara rasmi oleh Kardinal Joseph Ratzinger, prefek Kongregasi untuk Doktrin Iman, yang prefek kongregasi itu pada tahun 2001.

Meskipun pembaptisan di Gereja Mormon menggunakan ritus yang menggunakan Bapa, Putera dan Roh Kudus, namun Mormon kepercayaan Mormon tentang tiga persona adalah berbeza dengan kepercayaan Katolik maka Vatikan telah memberi penjelasan keputusan mereka bahawa, “seseorang tidak boleh menganggap doktrin ini menjadi ajaran sesat yang tercetus daripada pemahaman palsu tentang doktrin Kristiaan.”

Nelson, yang dianggap oleh Gereja Mormon sebagai seorang nabi, dan beberapa pemimpin tinggi gereja itu berada di Roma pada 10 Mac sempena pelancaran dan perasmian bait suci mereka, di mana perkahwinan, pembaptisan dan ritus-ritus lain diadakan di sini.

Walaupun Vatikan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang pertemuan para pemimpin Mormon dengan Sri Paus, namun laman web rasmi gereja itu — lds.org — menyiarkan temu ramah yang dirakam dengan Nelson, bersama liputan tentang perasmian bait suci tersebut di kota Roma.

Laman web rasmi Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir melaporkan bahawa pertemuan dengan Sri Paus berlangsung selama 33 minit.

“Kami bercakap tentang keprihatinan kami terhadap beberapa isu tentang orang-orang yang menderita di seluruh dunia dan mahu meringankan kesengsaraan mereka,” ujar Nelson.

“Kami juga bercakap tentang kepentingan kebebasan beragama, kepentingan keluarga, tentang kaum muda dan kerisauan kami akan sekularisasi yang semakin menular di dunia serta perlunya kaum muda untuk kembali kepada Tuhan, menyembah, berdoa dan memiliki iman yang teguh di dalam Yesus Kristus yang akan membawa kepenuhan dan sukacita dalam hidup mereka,” jelas Nelson.

Mengenai Sri Paus Fransiskus, Nelson mengatakan, “Beliau seorang pemimpin yang mesra, hebat dan betapa bertuahnya penganut Katolik yang mempunyai pemimpin berkaliber, prihatin dan lemah lembut seperti beliau.” — sumber Cindy Wooden, CNS

Total Comments:0

Name
Email
Comments