PKPB di Sarawak, Uskup Agung seru umat buang sikap acuh tak acuh

Kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan pergerakan (MCO) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (CMCO) telah diwartakan di beberapa buah negeri di Malaysia yang mempunyai catatan jangkitan virus Covid-19 yang tinggi.

Jan 15, 2021

KUCHING: Kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan pergerakan (MCO) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (CMCO) telah diwartakan di beberapa buah negeri di Malaysia yang mempunyai catatan jangkitan virus Covid-19 yang tinggi.

Sarawak dikenakan PKPB bermula 13 Januari lalu. Tempoh PKPB selama 14 hari itu bermatlamat memutuskan rantai penularan coronavirus.

Gereja Katolik di tiga keuskupan Sarawak yang mempunyai beberapa zon kategori merah, telah menangguhkan Misa sehingga 26 Januari 2021.

Uskup Agung Kuching, Simon Poh menyeru umat Katolik agar meminimakan interaksi sosial, menghindarkan diri dari mengadakan atau menyertai pertemuan yang melibatkan ramai roang serta tidak membuat perjalanan merentas daerah.

Dalam Surat Pastoralnya barubaru ini, Uskup Agung Simon mengatakan Misa Kudus atas talian boleh dilayari di https:// www.facebook.com/arch.kuching/.

Ada beberapa kawasan yang tidak dilabel zon merah, misalnya daerah Bau, Serian, Lundu, Bunan, Sri Aman, Tebedu, Betong dan Seratok dibenarkan untuk  mengadakan Misa tetapi umat dan paderi diharuskan mengikuti SOP seperti yang digariskan oleh UNIFOR dan SDMC.

Pejabat Paroki tetap dibuka tetapi umat yang mempunyai urusan  harus mengikuti SOP yang ketat. Selain itu, Uskup Agung Simon juga menggalakkan para umat agar membawa pembasuh tangan di mana-mana sahaja, menderma kepada Gereja bagi membantu  golongan yang memerlukan khususnya mereka yang terkesan akibat pandemik dan terus berdoa agar krisis kesihatan ini segera berakhir. — sumber Today's Catholic

Total Comments:0

Name
Email
Comments