PKPB, Keuskupan Agung KL tangguh Misa perkahwinan dan upacara agama

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPP) berkuatkuasa 14 Oktober 2020.

Oct 16, 2020

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPP) berkuatkuasa 14 Oktober 2020.

Selaras dengan itu, melalui notis chanseri terbaharu Keuskupan Agung Kuala Lumpur, bertarikh 13 Oktober 2020,  semua rumah ibadat adalah ditutup sepanjang PKPB. 

Uskup Agung Julian Leow juga mengeluarkan beberapa panduan tambahan yang boleh digunapakai di wilayah Kuala Lumpur dan Selangor (termasuk Klang berkuat kuasa dari 14 Oktober 2020.

Bagi kakitangan paroki, semua kakitangan paroki (pekerja dan sukarelawan) diminta untuk bekerja dari rumah.

Paderi Paroki boleh meminta kakitangan untuk datang ke pejabat pada hari-hari tertentu, untuk beberapa jam bagi melakukan  kerja-kerja yang perlu (akaun, pembikinan buletin, membersih, mengemas dsb).Umat Paroki diminta untuk berurusan dengan pejabat paroki melalui e-mail.

Dalam hal pengebumian di wilayah Keuskupan Agung Kuala Lupur, semua Misa pengebumian dan ibadat di Gereja/ Chapel ditangguhkan sepanjang PKPB. 

Upacara doa singkat boleh dipimpin oleh paderi di rumah urus mayat (parlour) atau rumah. Tetapi bilangan tetamu harus dihadkan tidak melebihi 15 orang.

Mereka yang berisiko tinggi tidak dibenarkan untuk hadir serta tidak ada vigil sebelum penguburan. Tetamu hanya dibenarkan melawat selama 15 minit.

Rumah urus mayat yang terletak di dalam kawasan gereja boleh beroperasi mengikut syarat-syarat yang disebutkan tadi.

Semua Misa Perkahwinan dan upacara di Gereja adalah ditangguhkan hingga diberitahu kelak.

Total Comments:0

Name
Email
Comments