PORTUGAL, tuan rumah WYD 2022!

PORTUGAL, tuan rumah WYD 2022!

Feb 01, 2019

PANAMA: Lisbon, Portugal, akan membukakan pintunya kepada para penziarah muda di seluruh dunia pada 2022. Portugal adalah tuan rumah bagi acara WYD seterusnya.

Pengumuman itu disampaikan oleh Kardinal Kevin Farrel, ketua Dikasteri Vatikan untuk Kaum Awam, Keluarga dan Hidup semasa Misa penutup WYD pada 27 Jan.

Para peserta dari Portugal yang hadir di WYD Panama, bersorak sorai gembira mendengar pengumuman tersebut, mengibarkan bendera dan menyanyi, “Kami adalah belia Sri Paus!”

Sri Paus kemudiannya berjabat tangan dengan Presiden Portugis, Marcelo Rebelo de Sousa yang turut hadir dalam Misa penutup WYD Panama. — sumber Junno Arocho Esteves, CNS

Total Comments:0

Name
Email
Comments