Promosi toleransi, program “Harmonisasi go to Campus” dilancarkan

Promosi toleransi, program “Harmonisasi go to Campus” dilancarkan

Nov 30, 2018

AMBON: Sebuah universiti di Indonesia telah melancarkan program “Harmonisasi go to campus”. Program itu dilancarkan pada 15 November lalu di Universiti Pattimura, Ambon, Maluku.

Dengan sub tema, “ Belajar Toleransi dari Maluku”, program itu mengambil contoh penyelesaian konflk Maluku 1999-2002 iaitu kesepakatan antara penganut pelbagai agama yang tidak mahu lagi pertumpahan darah berlaku.

Komisaris Daerah Maluku dan Maluku Utara, Petrus Temorubun, yang berucap sempena pelancaran program itu berharap kegiatan Harmonisasi go to Campus dapat merawat jiwa nasionalisme kaum muda serta agar jiwa kaum muda ini terhindar dari fahaman-fahaman radikal.

Salah satu pengisian program itu ialah kuliah umum oleh Rektor Universiti Pattimura , Profesor Doktor Marthinus Johannes Sapteno menjelaskan toleransi sesungguhnya sejak dahulu terawat di Universiti Pattimura, bahkan jauh sebelum konflik menghampiri Maluku tahun 1999-2002. Fakulti Undang-undang dan Kedoktoran mempunyai ramai pelajar dari pelbagai daerah di Indonesia tetapi mereka sepakat sehingga fakulti- fakulti ini digelar kampus orang basudara.

Dalam sebuah forum, Fibrisio H Marbun dari Persatuan Mahasiswa Indonesia mengatakan konflik kerap terjadi di wilayah Indonesia. Tapi, “kaum muda harus mampu menjadi pelopor-pelopor perdamaian dan menjaga toleransi. Anak-anak muda harus menyedari bangsa ini kuat kerana dipersatukan oleh pelbagai etnik, agama, daerah. Kekuatan terbesar kita ada pada kemajmukan, untuk itu sikap toleran harus tetap dijaga!” — pen@katolik

Total Comments:0

Name
Email
Comments