Rawat bumi ini agar terus hidup, bukan menamatkan hayatnya

“Marilah kita memimpin dunia ke arah kehidupan dan bukannya mati!” demikian rayuan Sri Paus Fransiskus dilancarkan pada 1 Sept, sempena Hari Doa Sedunia untuk Penjagaan Penciptaan. Ia merupakan rayuan kepada kerajaan pada malam sebelum sidang kemuncak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk tindakan iklim, juga kepada orang ramai, untuk mengubah gaya hidup mereka .

Sep 06, 2019

KOTA VATIKAN: “Marilah kita memimpin dunia ke arah kehidupan dan bukannya mati!” demikian rayuan Sri Paus Fransiskus dilancarkan pada 1 Sept, sempena Hari Doa Sedunia untuk Penjagaan Penciptaan. Ia merupakan rayuan kepada kerajaan pada malam sebelum sidang kemuncak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk tindakan iklim, juga kepada orang ramai, untuk mengubah gaya hidup mereka .

Manusia telah mempergunakan “Hadiah Tuhan kepada kita” dengan "keserakahan untuk memiliki dan mengeksploitasi. Egoisme dan kepentingan telah menyebabkan penciptaan, tempat pertemuan menjadi ladang persaingan dan pertelingkahan. Maka, alam sekitar itu sendiri berada dalam bahaya, sesuatu yang baik di mata Tuhan yang telah menjadi sesuatu yang dieksploitasi dalam tangan manusia.

Degradasi telah meningkat dalam beberapa dekad kebelakangan: pencemaran berterusan, penggunaan bahan bakar fosil yang tidak hentihenti, eksploitasi pertanian intensif, amalan membotakkan hutan telah menaikkan suhu global ke tahap yang membimbangkan. Peningkatan kekerapan fenomena cuaca yang melampau dan ketandusan tanah menjadikan orang miskin menjadi semakin derita.

Pencairan glasier, pencemaran air, pengabaian lembangan air dan pembuangan plastik dan mikroplastik telah menambahkan lagi fakta kebimbangan, di mana dalam keadaan ini, perlunya campur tangan dan halangan agar perkara ini tidak semakin memburuk. Kita telah mencipta iklim yang mencemaskan di mana ia mengancam dahsyat kehidupan, termasuk kita sendiri.”

“Pada akarnya, kita telah melupakan siapa kita: makhluk-makhluk dalam imej Tuhan (lihat Kej 1:27), dipanggil untuk tinggal di rumah kita bersama sebagai saudarasaudara kita. Kita tidak dicipta untuk menjadi individu yang menguasai setiap yang lain, kita telah diilhamkan dan ingin di tengah-tengah kehidupan dunia yang terdiri daripada berjuta-juta spesies yang penuh kasih sayang bersama oleh Sang Pencipta kita. Sudah tiba masanya untuk mencari kembali panggilan kita sebagai anak-anak Tuhan, saudara-saudari kepada sesama, yang satu sama lain, penjaga penciptaan.” Fransiskus seterusnya menjemput semua orang untuk berubah, bertobat dan berdoa “pada ketika ini, yang dari inisiatif yang sesuai dilahirkan dalam bidang ekumenikal telah diilhamkan sebagai Masa Penciptaan:

tempoh doa dan aksi yang lebih mendalam untuk kebaikan rumah kita bersama, dimulakan pada hari ini, 1 September, Hari Doa Sedunia untuk Penjagaan Penciptaan, dan berakhir pada 4 Oktober, Perayaan Sto. Fransiskus dari Assisi.”

“Ini adalah masa untuk memikirkan gaya hidup kita dan bagaimana pilihan harian kita dari segi makanan, penggunaan, perjalanan, penggunaan air, tenaga dan banyak barangan material sering melulu dan membahayakan. Kita mesti memilih untuk menukar, mengamalkan gaya hidup yang lebih sederhana dan lebih hormat!.” —Asianews

Total Comments:0

Name
Email
Comments