Redakan kemarahan dalam hati jika mahu kedamaian

Julian dari Norwich , seorang penulis mistik terkenal pada abad ke-14, mungkin ahli teologi yang pertama menulis dalam bahasa Inggeris, pernah menulis ayat yang sangat terkenal dan selalu diulang atau digunakan oleh para pengkhutbah, penyair, dan penulis: Ayat itu, “Namun, segala-galanya akan menjadi baik-baik sahaja, dan segala perkara juga akan menjadi baik-baik sahaja.”

Jan 19, 2018

Julian dari Norwich , seorang penulis mistik terkenal pada abad ke-14, mungkin ahli teologi yang pertama menulis dalam bahasa Inggeris, pernah menulis ayat yang sangat terkenal dan selalu diulang atau digunakan oleh para pengkhutbah, penyair, dan penulis: Ayat itu, “Namun, segala-galanya akan menjadi baik-baik sahaja, dan segala perkara juga akan menjadi baik-baik sahaja.”

Kita semua mempunyai pemahaman intuitif tentang apa yang dimaksudkan. Ini adalah asas untuk harapan kita. Pada akhirnya, kebaikan akan menang. Tetapi frasa itu perlu ditambah maknanya apabila melihat konteks asalnya. Apa yang dikatakan Julian ketika dia menulis ayat terkenal tersebut?

Dia bergelut dengan masalah kejahatan, dosa, dan penderitaan: Mengapa Tuhan membenarkan kejahatan terjadi? Sekiranya Tuhan adalah penyayang dan berkuasa, apa penjelasan yang mungkin dapat diberikan tentang kenyataan Tuhan membenarkan kita menderita, membiarkan kita berdosa, dan membiarkan kejahatan hadir di seluruh dunia? Kenapa Tuhan tidak menciptakan dunia tanpa dosa, di mana kita semua akan sangat bahagia sejak lahir?

Julian telah banyak mendengar khutbah di gereja dan tahu jawapan atau penjelasan tentang persoalan tersebut iaitu Tuhan membenarkannya kerana Dia memberikan kita anugerah hebat iaitu kebebasan. Oleh itu, dengan kebebasan ini, maka muncullah dosa dan kesankesannya yang menyedihkan, meskipun kita tidak mahukannya.

Jawaban itu memang benar, meskipun ada orang yang melihatnya sebagai terlalu abstrak untuk menawarkan banyak penghiburan kepada kita ketika kita menderita. Tetapi Julian, walaupun seorang penganut yang taat kepada Gereja, dan dididik dengan agama yang baik dan menerima penjelasan itu, tetapi beliau tidak memberikan jawapan yang sama kepada orang yang bertanya “Jika Tuhan hadir, mengapa ada penderitaan dan dosa di dunia ini?” Julian menawarkan sesuatu yang berbeza.

Baginya, Tuhan membenarkan kejahatan, dosa, dan penderitaan kerana Tuhan akan menggunakannya pada akhir nanti, untuk mewujudkan kebahagiaan yang lebih bermakna. Bagi Julian, jika dosa, kejahatan dan penderitaan tidak wujud, maka sukar bagi manusia untuk menghargai kegembiraan dan sukacita. Pada akhirnya, yang negatif akan berusaha untuk mewujudkan elemen positif yang lebih dihargai dan bermakna.

Di sini, saya memetik kata-kata Julian dalam bahasa asal (beliau menggunakan Bahasa Inggeris zaman Pertengahan): Yesus, dalam penglihatan ini memberitahu saya jawapan yang benar-benar saya perlukan iaitu: Dosa sesungguhnya tidak kudus tetapi semuanya akan menjadi baik, dan semua perkara akan menjadi baik dan segala macam perkara akan menjadi baik juga. Julian mengatakan bahawa Yesus menyebut dosa adalah “sopan” atau boleh diterima. Dalam Bahasa Inggeris Pertengahan, adalah wajar mempunyai konotasi ini sebagai “berguna”, “berfaedah”, “perlu”. Dalam penglihatan Julian, dosa, kejahatan, dan penderitaan pada akhirnya, akan membawa manfaat, malah kekurangan itu perlu bagi membawa kita makna yang lebih mendalam dan kebahagiaan yang lebih besar. (Tidak seperti apa yang kita nyanyikan dalam pujian tradisi Paskah yang hebat: O happy fault, O necessary sin of Adam.)

Apa yang Julian mahu kita fahami bukanlah idea bahawa dosa dan kejahatan tidak membawa akibat besar sebaliknya, Tuhan, yang sangat- sangat tidak dapat diukur kasih sayang dan kuasa-Nya, mampu mengusir keluar kejahatan, menarik kita daripada penderitaan untuk bahagia, dan menebus dosa dengan cara-Nya, yang tidak dapat atau tidak pernah kita fahami sepenuhnya. Inilah jawapan Julian kepada soalan ini: Kenapa Tuhan membenarkan kejahatan

Jawapan Julian sesungguhnya tidaklah memadai kerana pada dasarnya, tiada jawapan yang mencukupi bagi menjawab persoalan tersebut.

Tetapi, beliau menggunakan beberapa set soalan ke dalam teologi keTuhanan di mana, ia merentasi apa yang dapat kita bayangkan sekarang dan di luar teologi yang benar-benar dapat menerangkan kuasa dan cinta kasih Tuhan akan menukarkan segala kejahatan menjadi baik juga pada akhirnya, bahawa pada akhirnya nanti, Dia akan mengeringkan air mata, menebus setiap kejahatan, menghapuskan setiap ingatan yang tidak baik, menghangatkan setiap hati yang dingin, dan mengubah setiap penderitaan menjadi kebahagiaan. Terdapat sedikit petunjuk dalam ini bahawa pada akhirnya, kemenangan Tuhan akan mengosongkan neraka, sehingga, sesungguhnya, setiap perkara akan menjadi baik pada akhirnya.

Dalam visi seterusnya, Julian menerima jaminan lima kali daripada Tuhan bahawa Tuhan boleh, mampu, akan, dan bakal membuat segala sesuatu dengan baik dan kita sendiri akan melihatnya.

Semuanya ini sudah tentu menjadi kepercayaan pada konsep tertentu pada Tuhan. Julian dari Norwich mengajak kita untuk percaya bahawa Tuhan secara tepatnya, sukar untuk dibayangi, Dia di luar imaginasi kita baik dalam kekuasaan dan cinta. Mana-mana Tuhan yang kita bayangkan tidak mampu membuat segala cara menjadi baik (seperti yang banyak dikatakan oleh para ateis.)

Dalam konsep membayangkan kuasa Tuhan, sesungguhnya frasa atau kata yang selalu didakwa oleh para ateis itu tidak benar.

Lebih-lebih lagi apabila kita cuba memikirkan atau membayangkan cinta kasih Tuhan. Cinta kasih Tuhan sukar untuk diukur oleh imaginasi kita, keperibadian-Nya sukar untuk difahami oleh otak kita, bukan sahaja Tuhan, malah manusia pun sukar untuk kita fahami, adalah mustahil memahami atau mengukur Tuhan yang tidak akan marah apabila kita membuat kesilapan, tidak berdendam di atas dosa yang telah kita lakukan dan Dia adalah Tuhan (menurut huraian Julian) yang sangat santai, wajah-Nya umpama simfoni hebat yang tidak ada batasnya.

Tuhan yang berada dalam bayangan kita selalu diganggu dengan interpretasi salah kita dalam Kitab Suci, kita menyangka Tuhan itu selalu tersinggung, selalu marah, berdendam dan akan memperlakukan dosa dengan kemarahan dahsyat. Tuhan yang dibayangkan seperti itu sudah tentu tidak mampu menjadikan semua perkara yang jahat, untuk menjadi baik pada akhirnya.

Mujurlah, Tuhan seperti itu, bukan Tuhan yang digambarkan atau dijelaskan oleh Yesus.

Kita seharusnya merenung dan menatap mata Tuhan dan mengatakan seperti yang Julian katakan sebelum ini, dengan menatap mata Tuhan, di sana, ia akan melembutkan hati kita dengan kasih sayang dan memecahkannya menjadi kegembiraan berganda!--Hakcipta Terpelihara @ Fr Roh Rolheiser 1999-2018

Total Comments:0

Name
Email
Comments